nuffnang

Friday, July 3, 2015

5 Tips Mencegah Angin Dalam Badan.

Bagi saya, badan yang berangin akan membuatkan saya berasa tidak selesa. Malahan kalau dibiarkan saja, saya boleh jatuh sakit dibuatnya. Masa inilah saya nak bermanja dengan suami, minta tolong dia urutkan badan...hehehe... Orang yang selalu berangin badan juga kuat sendawa malahan berkentut. Ini memang situasi yang tidak menyelesakan malahan memalukan terutama jika berada di khalayak ramai. Meh saya kongsi sedikit tips untuk mencegah angin dalam badan.



1. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Angin atau kembung terjadi apabila mengambil terlalu banyak makanan berlemak. Lemak juga melambatkan proses pencernaan.

2. Kurangkan mengambil makanan tinggi serat seperti sayuran. Sekiranya mengambil supplemen serat, kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur-ansur. Pastikan supplemen serat diambil bersama sekurang-kurangnya 8 aun air dan minum air lebih sepanjang hari.

3. Kurangkan pengambilan dairy milk atau mungkin boleh mengambil produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt.

4. Cubalah meminum secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina memberikan kelegaan kepada kesakitan akibat daripada gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengambilannya.

5. Peppermint Ginger Shaklee juga amat berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan. Dengan menelan 3 biji Peppermint Ginger Shaklee, anda akan merasakan kelegaan terutamanya jika perut berasa senak dan berangin. Tablet Peppermint Ginger ini juga boleh dimasukkan ke dalam secawan air panas dan minum seperti anda nikmati teh. Selain rasanya yang sedap, rasa peppermint boleh memberikan mood santai dan melegakan. Ini adalah cara saya untuk mengatasi masalah angin dalam badan.

Jika anda mencari vitamin untuk diri anda dan keluarga, boleh hubungi saya, Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment