1. Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan Dan Juga Sentiasa Semulajadi.
Itu adalah motto Shaklee. Sebagai seorang yang cerewet di dalam memilih supplement untuk diri saya dan keluarga, Shaklee menepati citarasa saya. Saya akui ini bukan pertama kali saya ambik supplement dari jenama lain, tetapi saya belum puas hati. Malahan, ada di antara produk tersebut berharga jauh lebih mahal daripada Shaklee. Namun, selepas sekian lama mencuba..saya masih tidak nampak perubahan yang ketara. Ini berbeza dengan Shaklee...baru beberapa bulan, saya sudah merasa kesannya. Produk Shaklee yang telah berada di pasaran lebih 50 tahun lamanya menyebabkan saya tidak was-was untuk menggunakannya.2. Harga Yang Berpatutan
Ramai yang kata Shaklee sangat mahal. Ya, jika anda jarang mengamalkan supplement. ..memang anda akan merasa yang Shaklee ni sangat mahal. Tetapi pengalaman saya yang pernah mencuba pelbagai jenama supplement lain sebelum Shaklee, saya rasa Shaklee menawarkan harga yang sangat berpatutan...sesuai dengan kualiti dan juga kuantiti nya. Dan, apabila saya menjadi ahli dalam keluarga besar Shaklee..saya mendapat penjimatan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Walaupun saya ni jenis yang tidak berkira sangat apabila ianya berkaitan dengan kesihatan anak-anak, tetapi saya nak setiap satu sen yang saya belanjakan itu biarlah berbaloi.
3. Tiada Had Umur Penggunaan.
Hampir setiap produk Shaklee boleh digunakan oleh seisi keluarga iaitu daripada seawal umur 1 tahun sehingga warga emas. Contohnya Omega Guard....satu keluarga kami makan Omega Guard setiap hari. Cuma, dose pengambilan sahaja yang berbeza.
4. Pelbagai Pilihan Produk.
Shaklee bukan sahaja menawarkan supplement malahan juga Shaklee menawarkan set penjagaan kulit, penjagaan rambut dan juga penjagaan rumah. Sekarang ni saya gunakan set penjagaan rumah Shaklee. Memang saya suka Fresh Laundry Concentrate ni..sangat jimat dan wangi. Basic H pula menyenangkan tugas harian saya di rumah..apatah lagi dengan 4 orang anak kecil di rumah.
5. Perkhidmatan Shaklee
Shaklee online sistem sangat user friendly. Semua pesanan yang dibuat menggunakan sistem online nya dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Perkhidmatan kurier yang Shaklee gunakan juga sangat efisien. Setakat ini, setiap pembelian yang saya buat online akan sampai dalam masa 3 hari. Walau bagaimanapun, Shaklee mempunyai cawangan di beberapa buah negeri di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan juga di Sabah. Sayang sekali Shaklee tiada cawangan di Sarawak. Dengan adanya sistem online ni..saya pesanan membuat pesanan bila-bila masa sahaja dan di mana jua saya berada.
6. SID Yang Saling Membantu
Saya mulai melibatkan diri secara serius sebagai SID apabila melihat hubungan di antara SID yang sangat akrab. Walaupun hakikat nya kami adalah business rival, tetapi persaingan secara sihat di antara kami itulah yang menjadi semangat dan motivasi kami untuk terus maju ke depan.
7. Sistem MLM Shaklee Yang Sangat Adil dan Saksama
Saya dulupun tak sedar yang Shaklee adalah MLM. Ini kerana sistem MLM nya yang memberi peluang sama rata kepada semua SID nya walaupun ada sistem downline serta upline. Yang membezakan apa yang kami dapat adalah usaha masing-masing. Yang berusaha lebih akan mendapat bonus serta komisen yang lebih. Saya telah melihat mereka yang lebih awal terlibat dengan Shaklee daripada saya contohnya upline saya..seorang surirumah sepenuh masa, bertungkus lumus dalam masa setahun..kini telah berjaya membeli kereta dengan duit sendiri yakni duit bonus yang Shaklee bagi. Dan idola saya, mencapai taraf jutawan setelah 3 tahun bertungkus lumus di dalam Shaklee.
Kalau dahulu saya tak suka sangat dengan MLM, Shaklee telah mengubah pendirian saya. Secara ringkasnya, 2 sebab yang paling utama saya memilih Shaklee adalah kerana produknya dan juga business plan nya.
No comments:
Post a Comment