Tips Percutian Bersama Anak Kecil
Setiap tahun, apabila tiba musim cuti persekolahan hujung tahun, ramai di antara kita yang akan pergi bercuti bersama keluarga. Destinasi percutian yang dipilih pula selalunya berdasarkan kemampuan seseorang. Bagi yang mampu, destinasi percutian yang dipilih adalah di luar negara. Antara destinasi pilihan adalah seperti, negara Korea, negara-negara Arab, Bali di Indonesia, Vietnam dan juga Thailand. Tak kurang juga yang ada lebih suka melancong di dalam negara. Negara kita juga punya banyak tempat-tempat menarik yang sedia untuk dilawati. Walau dimanapun destinasi pilihan kita, percutian itu akan lebih bermakna jika disertai semua ahli sekeluarga.Namun begitu, bagi yang mempunyai anak-anak kecil pula mungkin akan menghadapi masalah jika percutian tidak dirancang dengan teliti. Ini kerana anak-anak kecil ini terutamanya mudah berubah mood. Dan, jika mereka dalam keadaan moody, maka percutian yang sepatutnya menyeronokkan pula akan menjadi kelam kabut dan penuh dengan pergaduhan. Jangan jadikan hal ini menganggu keseronokkan percutian anda. Berikut ini saya kongsikan tips melancong bersama anak-anak kecil. Semoga memberi manfaat kepada semua.
BAWA BEKAL
Bawa bekal makanan dan minuman. Ketika bercuti, anak-anak biasanya mudah berasa lapar. Bagi mengelakkan mereka ‘meragam’, eloklah jika kita membawa sedikit bekal. Buah-buahan, biskut, kerepek, dan roti adalah antara makanan paling mudah untuk dibawa.
Jika destinasi percutian memerlukan perjalanan yang jauh, kita boleh membawa bekal makanan sendiri kerana dikhuatiri anak-anak akan berasa lapar di dalam kereta. Makanan berat seperti nasi goreng atau mi dan mihun goreng juga boleh dibawa.
Tanda Pengenalan
Apa yang boleh kita buat adalah melabel ‘back pack’ anak-anak kita. Letakkan nama kita sebagai ibu bapa, nama anak serta nombor telefon untuk dihubungi. Pentingnya melabel beg ini adalah sekiranya anak-anak terlepas daripada pengawasan kita.
BERSIAP SEDIA
Jangan lupa untuk membawa kelengkapan lain seperti tuala kecil, barang mandian, dan baju gantian untuk anak-anak. Anak-anak ada banyak ragamnya dan ada masanya baju mereka akan kotor. Jadi bawalah baju ganti supaya anak-anak berada dalam keadaan selesa setiap masa.
Jangan lupa juga untuk membawa baju renang dan krim pelindung matahari sekiranya bercuti di pantai. Sudah menjadi kebiasaannya, anak-anak akan tertarik untuk mandi laut atau berenang di kolam. Jadi kita sebagai ibu harus bersedia dari awal.
UBAT-UBATAN
Bawalah ubat-ubatan asas seperti minyak angin, paracetamol, ubat sakit perut, dan apa sahaja ubat yang mungkin diperlukan ketika bercuti. Cara ini memudahkan kita jika terjadinya kecemasan. Tidaklah kita kelam kabut mencari ubat bila diperlukan. Selain itu, kita juga boleh membawa bersama supplemen yang boleh menguatkan sistem imun anak-anak serta memberikan mereka tenaga. Saya percaya pada konsep bahawa mencegah adalah lebih baik untuk merawat!
RANCANGAN LIBUR
Bila bercuti dengan anak-anak kecil, kita harus ada perancangan. Jangan main terjah sahaja. ‘Mood’ anak-anak sangat penting untuk dijaga. Bagi menjamin kualiti percutian sekeluarga, buatlah jadual percutian. Rancanglah dengan teliti di mana destinasi yang mahu dikunjungi serta apa aktiviti yang boleh dibuat. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan merasa bosan.
Pastikan pelan yang dirangka melibatkan mereka juga. Jangan sesekali mementingkan diri dan hanya merancang percutian untuk kita dan pasangan sahaja. Tujuan percutian bersama keluarga adalah untuk menikmatinya bersama-sama, bukan hanya kita yang berseronok.
BAWA ‘TOYS’ DAN BUKU
Jangan lupa untuk membawa buku atau permainan anak-anak. Cara begini akan dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan terutamanya ketika di dalam perjalanan untuk ke sesuatu tempat. Selain itu, membawa buku dan permainan mereka juga boleh menjadi aktiviti alternatif sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini seperti hujan dan sebagainya.
Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ya. Rancanglah percutian anda sekarang. Gunakan tempoh cuti yang panjang ini untuk bersama keluarga dan anak-anak tersayang.
Supplemen yang terbaik untuk si manja...sila baca
Pengedar Shaklee Sri Aman
No comments:
Post a Comment