nuffnang

Wednesday, December 3, 2014

Kenali Warna Urine Anda!

Setiap hari bila kita buang air kecil, kita perasan tak warna urine kita? Yang biasa kita lihat adalah samada urine kita berwarna jernih atau kekuningan. Bila kita nampak urine tu jernih, kita mula akan rasa..okaylah tu..cukup minum air.  Tapi bila bila tengok urine tu kekuningan, kita akan rasa..alamak..! Kena minum air banyak lepas ni nanti.. keluar saja dari bilik air terus teguk bergelas-gelas air. Boleh rujuk rajah di bawah untuk mengetahui samada kita minum air yang secukupnya ataupun tidak.
pengedar shaklee ari aman
Memang penting sebenarnya untuk kita ambil tahu tentang warna urine kita setiap hari. Apa yang kita makan setiap hari juga akan mempengaruhi warna dan bau urine kita. Contohnya, jika kita makan berlaukkan petai pada hari tersebut, maka urine kita pun akan berbau petai!

Pengambilan ubat-ubatan dan supplemen juga akan mempengaruhi warna urine kita. Jadi, jangan terkejut jika urine kita berwarna kuning apabila kita mengamalkan Vitamin B Complex. Tetapi, kita mesti sentiasa berwaspada juga kerana, setiap warna urine yang berbeza sebenarnya menunjukkan tahap kesihatan kita. Jadi, wajarlah kita tengok dulu warna urine kita sebelum kita flush tandas.

KUNING PUCAT -  Warna urine yang Normal

KUNING CERAH - Warna urine yang mungkin disebabkan oleh pengambilan Vitamin B Complex

KUNING GELAP - Warna urine yang mungkin disebabkan oleh dehidrasi atau pengambilan Vitamin B Complex

KECOKLATAN - Warna urine yang mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan atau mungkin menunjukkan anda menghadapi masalah pada ginjal dan hati

OREN - Warna urine yang mungkin disebabkan oleh dehidrasi atau pengambilan Carotomax

KERUH Warna urine yang mungkin disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – Warna urine yang mungkin  disebabkan oleh jangkitan pada buah pinggang atau penyakit-penyakit yang berkaitan berkaitan
KEBIRU-BIRUAN –Warna urine yang mungkin disebabkan oleh kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

"Urin saya warna kuning macam B-Complex"

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan itulah yang memberi warna kuning cerah pada urin. Ia juga merupakan satu petanda yang bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

pengedar shaklee sri aman



pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

2 comments:

  1. Tq...very nice info..baru saya tahu...kadang2 mcm kaler hijau2..tu ok ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Puan Azrin..terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni.. Kalau urine kaler kehijauan..lebih baik jumpa doktor terus..buat check up sebab selalunya warna urine yang macam tu menunjukkan ada masalah dengan kidney or bladder..

      Delete