nuffnang

Thursday, December 11, 2014

Cerita Saya : Side Income

Saya teringat ketika zaman saya masih berada di kolej dulu, dengan hanya RM10 saya dan kawan (sekarang dah arwah) saya boleh pusing keliling Bandaraya Kuching untuk satu hari suntuk. Pada masa itu, mee kolok (mee popular di Sarawak) berharga hanyalah RM1.20 dan segelas air soya fresh panas adalah 50 sen sahaja. Minyak motosikal Yahama SS10 pula, hanya denga RM2.00 sudah penuh satu tank! Manakala elaun yang dibayar pada kami setiap bulan adalah RM350.00 sahaja dan itupun kami mampu untuk membeli sebiji keyboard Yamaha!

Itu adalah lebih kurang 20 puluh tahun dahulu. Dan sekarang, dengan pendapatan saya dan suami lebih kurang RM8K sebulan, kami perlu berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan perbelanjaan cukup sehingga hujung bulan. Memang betul kata orang tua..lagi besar periuk, besar lagilah keraknya. Ya, kerana keperluan anak-anak jugalah kereta yang dulunya 5 seater kini dah ditukar kepada 8 seater. Kenapa saya kata keperluan?  Anak-anak dah 4 orang, jadi saya nak mereka ada keselesaan ketika kami sekeluarga travel bersama. Lagipun, 4 orang anak-anak kecil tu punyalah banyak barang keperluan mereka yang kami perlu bawa setiap kali travel. Travel maksud saya di sini bukanlah pergi makan angin pusing keliling satu Pulau Borneo ni..tetapi travel ketika balik ke kampung mak bapa saya yang jauhnya kira-kira 45 minit perjalanan dari kediaman saya. Kalau nak cuti-cuti satu pulau Borneo tu memang kami tak mampu.


Nilai wang yang dulunya dengan RM10 jika kita pergi ke kedai, boleh sakit tangan kita bawa plastik yang penuh berisi barang. Tetapi sekarang ni, kalau bawa RM10 pergi ke pasar tamu (wet market), hanya 5 ikat sayur ja kita boleh beli. Itupun 2 ikat tu sekali masak untuk satu hidangan 5 orang ahli keluarga!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kos hidup pada masa sekarang berbanding dahulu adalah amat tinggi sekali tidak kira kita tinggal di mana. Perbelanjaan untuk keperluan asas keluarga seperti makanan adalah memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi. Tambah-tambah lagi dengan GST yang bakal iperkenalkan pada tahun depan. Apatah lagi untuk mengumpul harta dan wang simpanan untuk masa depan anak-anak.


Sebab itulah saya mencari side income. Saya tahu..gaji kami suami isteri sebagai sebagai kakitangan tangan awam tidak akan mencukupi jika kami ingin meninggalkan harta dan wang simpanan yang cukup untuk anak-anak kami yang 4 orang tu. Dan, saya tahu tiada side income yang boleh memberikan pulangan yang lumayan selain daripada berniaga. Dan, saya juga  tahu kami tidak berseorangan dalam hal ini. Masih ramai lagi di luar sana yang mengalami masalah yang sama seperti kami.


Mereka inilah sebab saya cari side income. Untuk persediaan mereka menghadapi masa depan. Saya mahu mereka financial freedom bila nanti mereka dewasa dan punya keluarga sendiri. Saya tidak mahu mereka menghadapi apa yang kami hadapi untuk besarkan mereka.




No comments:

Post a Comment