nuffnang

Friday, April 10, 2015

BAIK SEBELUM VS GUNAKAN SEBELUM

Sumpah...! Selama ini saya tak tahu pun ada perbezaan di antara "BAIK SEBELUM" dan "GUNAKAN SEBELUM". Saya ingat dua frasa tu membawa maksud yang sama. Rupa-rupanya, ada perbezaan di antara kedua-dua frasa tersebut.


"BAIK SEBELUM" berkaitan dengan kualiti makanan. Makanan dalam tin, makanan beku dan coklat selalunya dilabelkan dengan "BAIK SEBELUM" yang bermakna secara umumnya selamat dimakan walaupun selepas tarikh tertera pada produk - selagi ia tak berbau pelik atau nampak semacam (gunakan judgement sendiri lah ya). Namun begitu, pilihan adalah ditangan kita pengguna juga ya.

"GUNAKAN SEBELUM" pula adalah berkaitan dengan keselamatan produk dan selalunya dilabelkan pada daging dan produk tenusu. Makanan sebegini memang perlu dibuang mengikut tarikh yang tertera kerana ianya boleh membahayakan kesihatan kita.

Selamat menjadi pengguna yang bijak!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


No comments:

Post a Comment