nuffnang

Thursday, April 16, 2015

Kulit Kepala Kering: Punca-punca Dan Rawatan

Kulit kepala yang kering merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia amnya. Salah satu sebabnya adalah faktor cuaca yang panas di negara kita menyebabkan kulit kepala menjadi kering. Kulit kepala yang kering juga adalah disebabkan kekurangan pelincir oleh kelenjar minyak pada kulit kepala.


Tanda-tanda kulit kepala kering :
- gatal-gatal
- flaking
- keguguran rambut.

Punca-punca kulit kepala kering

1) Penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia yang kuat
- Penggunaan syampu yang mengandungi bahan kimia yang kuat boleh menyebabkan kulit kepala kering. Bahan kimia yang kuat di dalam syampu menghilangkan minyak semulajadi pada kulit kepala dan seterusnya menyebabkan kulit kepala kering, gatal dan flaking. Tukar syampu anda kepada produk rambut yang bebas bahan kimia berbahaya. Gunakan produk rambt yang berasaskan alam semulajadi.

2) Penggunaan air yang mungkin mengandungi bahan kimia yang kuat.
Air yang mungkin mengandungi bahan kimia yang kuat seperti klorin akan meningkatkan kandungan mineral dan boleh menyebabkan kulit kepala kering. Walaupun anda mungkin menggunakan produk penjagaan rambut yang tidak mengandungi bahan kimia kuat, air yang tinggi kandungan klorin boleh semata-mata bertanggungjawab menyebabkan kulit kepala kering.

3) Makanan Seimbang
Badan kita memerlukan jumlah pemakanan yang seimbang untuk berfungsi dengan berkesan. Kulit kepala juga adalah sama. Kekurangan nutrien yang diperlukan akan menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan gatal. Pengambilan makanan tambahan juga menolong memastikan rambut kita menjadi sihat dan cantik. Siapa yang tak mahu rambut yang cantik kan?

4) Sebab-sebab perubatan
Terdapat beberapa keadaan perubatan tertentu yang boleh mempengaruhi individu mengalami masalah kulit kepala kering. Mereka yang mengalami masalah kulit kepala selalunya mereka yang menghidapi masalah-masalah kesihatan seperti Seborrheic dermatitis, Psoriasis dan Malassezia. Masalah hormon yang tidak stabil juga boleh menyebabkan kulit kepala kering.

Dengan rawatan yang sesuai masalah kulit kepala kering akan dapat diselesaikan.

Rawatan untuk kulit kepala kering
a) Kenal pasti punca  kulit kepala anda yang kering. Anda tidak boleh merawat masalah kecuali anda kenalpasti penyebabnya. Mencuba rawatan secara rawak untuk kulit kepala kering mungkin tidak akan berhasil kerana ia akan menjadi seperti menembak dalam gelap. Anda perlu tahu perkara terperinci yang menyebabkan kulit kepala anda kering dan senanglah anda mencari asas rawatan yang anda perlukan.
b) Jangan gunakan syampu atau produk rambut yang tinggi kandungan bahan kimianya. Seboleh-bolehnya gunakan produk atau syamu yang bebas bahan kimia.
c) Elakkan daripada membasuh rambut anda terlalu kerap.
d) Gunakan topi untuk mengelakkan rambut anda terlalu terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
e) Makan diet yang seimbang boleh membantu untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat.
f) Penggunaan minyak seperti minyak kelapa dan minyak zaitun boleh membantu mengelakkan kulit kepala anda menjadi kering. Gunakan minyak ini sebelum mencuci rambut membantu untuk menghilangkan kulit kepala kering.
g) Berjumpa doktor jika langkah-langkah di atas tidak menghilangkan masalah kulit kepala anda kering.

Bagi saya, menggunakan Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee sangat membantu. Ini kerana dahulu saya menghadapi masalah rambut gugur dan kulit kepala yang gatal. Selain itu, saya rasa pengambilan vitamin juga sangat-sangat membantu untuk mengekalkan rambut yang sihat dan cantik. Ini kerana, apabila badan kita dapat membekalkan nutrient yang cukup, maka rambut akan tumbuh dengan sihat. Boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Sri Aman untuk medapatkan set penjagaan rambut Prosante hari ini.


Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

No comments:

Post a Comment