Anak-anak saya selalu nya akan mengalami masalah sembelit apabila umur mereka menginjak dua ke tiga tahun. Dan, inilah juga masa critical untuk mereka toilet training. Apabila ada masalah sembelit ni memang sukar buat toilet training untuk mereka. Mana tidaknya, bila time membuang tu sudah jadi waktu yang menakutkan buat mereka. Seolah-olah mereka fobia bila tiba waktu membuang air besar.
Pada awal nya saya tak fikir yang anak-anak orang lain menghadapi masalah yang sama. Tetapi apabila berborak dengan ibu-ibu yang lain, rupanya anak-anak mereka juga menghadapi masalah yang sama. Malahan, ada yang lebih teruk sehingga terpaksa menerima rawatan di klinik. Ada juga ibu bapa yang menukar jenama susu formula anak-anak mereka berulang kali kerana antara sebab sembelit ini adalah jenama susu formula yang tidak sesuai untuk si manja.
Saya bernasib baik kerana masalah sembelit anak-anak saya tidak sampai ke tahap itu. Yang menjadi masalah saya adalah apabila masalah sembelit ini menyebabkan toilet training anak-anak saya tidak menjadi.
Ada beberapa perkara yang saya buat untuk mengatasi masalah sembelit anak-anak saya tanpa bantuan sebarang ubat.
1. Berikan mereka air kosong dengan jumlah yang lebih daripada biasa.
2. Berikan mereka lebih makanan serat daripada biasa. Saya selalu nya memilih jagung sebagai sumber serat utama mereka. Untuk mengelakkan mereka daripada tercekik, saya pilih jagung-jagung muda yang masih lembut untuk mereka.
3. Kurangkan sukatan susu formula. Contohnya, jika selalu nya untuk 4oz campuran susu perlukan 2 scoop tepung susu formula, saya akan kurangkan kepada satu scoop setengah untuk sukatan 4oz air. Apabila keadaan sembelit mereka sudah mulai pulih..saya akan bancuh susu ikut sukatan yang biasa.
4. Berikan mereka Mealshake. Saya campurkan sesudu teh Mealshake ke dalam susu formula anak-anak saya. Tetapi terlebih dahulu saya akan kurangkan sukatan tepung susu formula daripada biasa. Hanya sekali sehari sudah mencukupi.
Saya hanya kenal Mealshake bila saya dah ada anak keempat. Dan sejak saya amalkan Mealshake untuk anak-anak saya, sembelit tidak lagi menjadi masalah di kalangan anak-anak saya. Dan Mealshake juga berfungsi sebagai multivitamin untuk anak-anak saya. Justeru, anak-anak saya tidak mudah mendapat jangkitan selsema, batuk atau demam. Lagi satu, anak-anak saya tidak pernah menghadapi masalah eczema.
Saya tahu ibu-ibu di luar sana yang runsing bila anak-anak mereka hadapi masalah sembelit ini. Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu yang lain juga. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
No comments:
Post a Comment