nuffnang

Monday, July 6, 2015

Tips Memilih Vitamin B-Complex Yang Berkualiti

Ada banyak lambakkan jenama Vitamin B yang dijual dipasaran. Malahan Vitamin B kita boleh dapat secara percuma dari klinik-klinik dan hospital kerajaan. Tetapi, adakah semua Viamin B tersebut bagus untuk kita..? Hari ini saya nak kongsikan sedikit panduan untuk memilih Vitamin B yang berkualiti tinggi.


Sebelum itu, kita mesti tahu apa sebenarnya fungsi atau tugas Vitamin B-Complex ni pada badan kita. Secara ringkasnya, saya senaraikan di bawah, fungsi-fungsi Vitamin B-Complex.

Fungsi Vitamin B

1. Menolong badan kita mengatasi masalah keletihan.
2. Membantu memelihara kesihatan mental dan berupaya mencegah depression.
3. Membantu pelepasan tenaga daripada makanan supaya badan kita menjadi lebih bertenaga.
4. Penting untuk memelihara kesihatan saraf.
5. Amalan pemakanan tambahan yang perlu apabila dalam keadaan stress.

Panduan Memilih Vitamin B-Complex yang berkualiti tinggi.

1. Vitamin B yang terbaik adalah yang bersumberkan kekayaan yis. Jenis Vitamin B yang terbaik selalunya daripada 2 jenis sumber yis iaitu yis bir dan yis primer seperti torula.
2. Vitamin B yang berkualiti juga haruslah mempunyai kesemua  jenis Vitamin B yang diiktiraf yang lengkap yang diperlukan oleh badan kita.
3. Vitamin B yang berkualiti juga mengandungi 100%  peruntukkan USRDA bagi Biotin dan Asid Folik.
4. Vitamin B yang berkualiti juga tablet nya tidak harus disalut dan 100% asli dan semulajadi.

Sebenarnya, tidak banyak syarikat yang mengeluarkan Vitmin B yang selengkap ini. Vitamin B-Complex Shaklee adalah salah satu jenama Vitamin B yang mengandungi kesemua kualiti yang diperlukan pada sebiji tablet Vitamin B. Sebab itu Vitamin B Complex Shaklee menjadi pilihan saya dan keluarga.

Jika anda mencari Vitamin yang sesuai untuk diri dan keluarga, boleh hubungi saya, Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah dan aktif di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment