nuffnang

Sunday, July 5, 2015

Cara Kenali Suami Curang!!

Heboh di media sosial isu pasangan yang sudah bercouple selama 8 tahun tetapi suami curang selepas 6 minggu mereka kahwin. Sebagai seorang isteri, saya dapat agak bagaimana perasaan si isteri apabila beliau mendapati suami yang dikahwininya 6 minggu lepas, curang dengan perempuan lain. Saya rasa, tanda-tanda curang dah ada sejak mereka bercouple 8 tahun lepas. Dan, perkahwinan mereka tentu boleh dielakkan jika tanda-tanda kecurangan itu dapat dicium oleh si isteri terlebih dahulu. Kalau saya pun, jangankan nak bercouple 8 tahun, 8 hari pun saya takkan tunggu jika saya dapati sang lelaki itu curang!

Eh...saya bukan nak membebel kat sini pasal couple ataupun skandal. Sebagai isteri, saya pun nak tahu cara kenali suami yang curang. Jadi, saya surf di internet, dan inilah yang saya jumpa. Saya kongsikan di sini untuk kita semua baca. Walau bagaimanapun, tanda-tanda ini hanyalah teori. Jangan pula terus syak wasangka pada pasangan anda jika salah satu daripada tanda-tanda suami curang itu anda dah kenalpasti. Ia hanya untuk kita semua sama-sama lebih berhati-hati.

1. Suami marah-marah apabila isteri tanya lokasi suami
Marah-marah di sini bukannya dia marah dengan sepak terajang, tetapi semasa memberi jawapan, suami akan menjawab dengan nada yang agak tinggi daripada kebiasaannya. Seolah-olah dia marah bila kita nak tahu lokasi dia. Walau bagaimanapun, pada zaman dunia tanpa sempadan ini, kita boleh keep track lokasi suami dengan apps friend finder...hehe.


2. Suami menjadi lebih ghairah ataupun sebaliknya.
Selalunya suami tidak akan menolak ajakan isteri untuk bersama. Jadi adalah sesuatu yang isteri patut fikirkan jika suami sering menolak peluang untuk berasmara. Suami juga mungkin menunjukkan keghairahan yang lebih daripada biasa dan tidak bertempat jika dia ada skandal dengan perempuan lain. Reaksi ini adalah untuk menutup rasa bersalah dia pada isterinya.

3. Suami tiba-tiba sangat cerewet dengan penampilannya.
Jika dahulu suami jenis yang tidak cerewet dengan penampilannya, pakai selipar ja pergi ke pasar, kadang-kadang pergi kerja baju pun tidak tuck-in. Dan, apabila suami mula ambil berat tentang baju yang dia pakai mestilah licin berseterika, minyak wangi pun mesti selalu pakai. Kadang-kadang pergi ke kedai pun mesti pakai minyak wangi. Maka, si isteri perlu berwaspada. Perubahan yang baik ini mungkin ada udang di sebalik batu.

4. Perubahan mood yang ketara.
Suami yang curang cenderung mempunyai mood yang berubah-ubah. Sekejap dia mesra dengan isteri dan anak-anak. Dan, sekejap lagi dia cepat marah-marah tanpa sebab. Sekejap dia peluk dan cium isteri dan tak lama kemudian pandang isteri pun dia tak nak. Pada dasarnya, seorang lelaki yang mempunyai dua orang perempuan pada masa yang sama akan sentiasa berasa takut dan cemas. Ini yang menyebabkan mood suami cepat berubah.

5. Sudah pandai bawa handphone dalam tandas.
Sesuatu yang pelik jika orang bawa handphone dalam tandas kan.. Dan bila ditanya, jawapan si suami adalah untuk bermain Candy Crush. Tetapi sebenarnya, dia ambil peluang itu untuk bermesej dengan perempuan lain tanpa gangguan daripada isteri dan anak-anak.

6. Telefon bimbit ada kata laluan.
Suami isteri sepatutnya tiada rahsia antara satu sama lain. Dan jika suami pasang kata laluan dengan alasan nanti anak-anak terdelete gambar-gambar penting itu adalah alasan karut semata-mata. Apatah lagi jika dulu anak-anak bebas main hanphone suami dan sekarang jika anak-anak sentuh handphone pun dia akan naik angin.

7.  Menjadi seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap.
Dulu si suami sering bercerita tentang apa yang berlaku di tempat kerja. Tetapi, sejak kebelakangan menjadi seorang yang pendiam. Apabila diajak bercerita pun dia akan menolak dengan memberi alasan penat kerana banyak kerja. Ya, memang benar dia penat. Tetapi dia sebenarnya kepenatan kerana mencintai dua perempuan pada satu masa yang sama.

8. Asyik suruh isteri dan anak-anak balik rumah mak.
Dulu suami selalu marah apabila isteri nak bawa anak-anak jenguk mak di kampung. Letih nak kemas barang dan driving jauh itu alasan yang dia bagi setiap kali isteri cakap nak balik kampung. Tetapi kini, asal hujung minggu siap volunteer untuk kemas barang dan driving jauh untuk hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Cuti sekolah pun suami suruh isteri dan anak-anak bercuti di kampung dengan alasan suami banyak kerja dan tidak dapat bercuti.

9. Trelebih "caring" pada isteri.
Selalunya suami bukan jenis yang kisah sangat pada isteri. Tiba-tiba sahaja suami berubah caring yang amat sangat pada isteri. Bila ada perubahan yang nyata seperti itu,, maksudnya ada sesuatu yang  tak kena. Orang yang dilamun cinta, akan tersenyum memanjang. Bila bersama isteri dia akan teringat pada skandalnya. Itulah sebabnya dia asyik tersenyum.

10. Naluri seorang isteri.
Itu adalah petanda yang paling akhir dan paling jelas. Bila si isteri merasakan "ada sesuatu yang tak kena", ya..memang betul ada sesuatu yang tak kena. Jarang sekali telahan si siteri itu salah. Kata orang, isteri ada anugerah deria ke-enam. Terpulanglah kepada si isteri untuk mempercayai naluri itu atau pun tidak.

Kesimpulan.
Akhir kata, semoga kita semua berhati-hati dengan perubahan suami kita masing-masing. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Jika ingin mencari vitamin untuk diri sendirii dan keluarga, boleh hubungi say, Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang aktiif dii Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment