nuffnang

Monday, November 17, 2014

Atasi Tabiat Menggigit Kuku Di Kalangan Kanak-kanak

Anak-anak saya yang perempuan dua orang tu mempunyai tabiat menggigit kuku. Masalah ini yang selalu memeningkan kepala saya. Saya terfikir adakah ibu-ibu di luar sana menghadapi dilemma yang sama? Jadi, saya layari Google untuk mencari cara penyelesaian kepada masalah ini. Jadi, ini hasil carian saya yang ingin saya kongsikan di sini sebagai panduan kita sebagai seorang ibu.

pengedar shaklee sri aman

Atasi Tabiat Gigit Kuku Pada Anak-anak

  1. Menawarkan hadiah sekiranya anak-anak berhenti menggigit kukuAnak-anak akan merasa sangat bahagia apabila diberikan hadiah sebagai ganjaran kepada sesuatu perkara yang mereka lakukan.
  2. Celupkan larutan garam/asam jawa ke telunjuk tangan anak - Rasa masin dari garam selalunya tidak disukai oleh anak-anak. Ini mungkin boleh mengatasi tabiat si kecil itu. 
  3. Pastikan kuku anak-anak sentiasa pendek - Pastikan kuku anak-anak dipotong setiap 3 hari. Apabila kuku mereka sudah pendek, berkemungkinan perasaan mereka untuk menggigit kuku akan berkurangan an seterusnya hilang.
  4. Sentiasa tegur apabila mereka mula menggigit kuku - Saya perhatikan anak-anak saya akan menggigit kuku apabila mereka dalam keadaan santai..terutamanya ketika menonton televisiyen. Jadi, sentiasa awas apabila mereka program kesukaan mereka mulai ditayangkan.
  5. Beritahu anak-anak bahawa tabiat menggigit kuku ini adalah tabiat yang tidak bagus - Kita kena terangkan bahawa kesan menggigit kuku ini boleh menjejaskan kesihatan. Jadi, jika mereka jatuh sakit, kita boleh beritahu bahawa salah satu punca mereka jatuh sakit adalah kerana mereka menggigit kuku.
Semoga apa yang saya kongsikan di sini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang lain juga. 
Selamat Mencuba !

Ingin tahu tips menguatkan daya tahan sistem imun anak-anak anda? Sila baca...

JIka anda mencari supplemen yang sesuai untuk seisi keluarga, sila hubungi
pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


No comments:

Post a Comment