Kesihatan Anak-anak dan Keluarga
Rasanya setiap ibu mengimpikan perkara yang sama...kesihatan anak-anak. Di dalam doa setiap insan yang bergelar ibu, rasanya mereka tidak akan lupa memohon daripada Tuhan agar anak-anak kesayangan mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat. Tiada yang lebih merisaukan hati seorang ibu jika anak mereka jatuh sakit. Malahan, seorang ibu sanggup mengeluarkan belanja lebih apabila hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan anak-anak. Saya juga tidak banyak bezanya. Saya mengimpikan anak-anak saya membesar dengan sempurna tanpa gangguan kesihatan. Untuk memastikan impian saya tu menjadi kenyataan, saya membekalkan anak-anak saya dengan supplement terbaik yang ada di pasaran. Sudah semestinya Shaklee yang menjadi pilihan saya. Untuk kesihatan anak-anak, saya berikan mereka Set Kanak-kanak Sihat dan Pintar iaitu terdiri daripada Chewable Vitamin C, Mealshake dan Omega Guard. Manakala untuk kesihatan kami suami isteri, saya pastikan Set Keishatan Optimum sentiasa ada di sisi kami walaupun di waktu bekerja. Set Kesihatan Optimum ini terdiri daripada Vitalea, Vitamin B Complex dan Sustained Release Vita C Plus.
Kewangan Keluarga
Saya dan suami mempunyai pendapatan tetap sebagai kakitangan kerajaan. Namun begitu, desakan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari menjadikan gaji bulanan kami berdua yang berjumlah lebih kurang RM8000 sebulan, tetap tidak pernah berbaki. Jangan nak kata bawa anak-anak melancong ke luar negara, ke luar negeri pun tak mampu nak bawa anak-anak bercuti. Paling jauh kami sekeluarga bercuti adalah ke bandaraya Kuching sahaja...(itupun hanya 3 jam perjalanan kereta dari Sri Aman). Untuk menyedapkan hati sendiri, mula lah memberikan alasan bahawa anak-anak masih kecil dan susah dibawa traveling. Sedangkan dalam hati masing-masing tahu bahawa yang menjadi faktor penghalang adalah masalah kewangan.
Impian saya sebenarnya ialah ingin menyediakan semua keperluan anak-anak. Memberikan mereka masa berkualiti dengan keluarga. Menghadiri perjumpaan ibu bapa di sekolah mereka tanpa pening memikirkan memohon cuti daripada majikan. Saya ingin menjadi orang yang menghantar dan menjemput mereka pergi dan balik dari sekolah. Saya ingin mereka menuntut ilmu setinggi mungkin tanpa perlu risau akan yuran pengajian. Saya nak mereka menuntut ilmu di tempat yang terbaik untuk mereka. Sebab itu saya perlu menyediakan mereka dengan segala keperluan dan kemudahan..menyediakan wang simpanan yang cukup untuk mereka..andai masanya sudah tiba untuk saya dan suami mengadapNya. Impian saya juga ingin menyediakan anak-anak saya yang empat orang tu rumah sebiji seorang. Saya ingin membawa mereka keluar melancong ke luar dari negeri Sarawak pada setiap cuti sekolah dan melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Saya nak anak-anak saya punya kenangan yang indah sebagai kanak-kanak bila mereka besar nanti. Dan, impian saya yang paling besar adalah menyediakan wang sekurang-kurangnya RM1 juta seorang di dalam akaun mereka apabila umur mereka menjelang 18 tahun nanti.
Sebagai seorang anak kedua dalam keluarga, saya juga punya impian untuk menolong memberi belanja pada orang tua saya...supaya mereka tidak lagi perlu bekerja keras di kebun kelapa sawit milik mereka. Dan, memberi peluang pekerjaan kepada adik saya, agar beliau mampu menyara hidup keluarganya. Alangkah gembiranya saya jika saya boleh membawa seramai 20 orang ahli dalam keluarga saya pergi bersama-sama melancong ke luar negara!
Saya memang sudah lama berfikir untuk mencari side income bagi menampung keperluan keluarga. Dan, saya bertemu dengan Shaklee. Saya tahu saya boleh pergi jauh dengan Shaklee. Pertama, dalam masa 4 bulan saya berjaya memperolehi pendapatan sampingan tidak pernah kurang dari RM1,000 sebulan. Namun, zaman sekarang, berapa sangat la nilai RM1,000 tu...masih tak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Setelah saya congak-congak, sekurang-kurang saya mendapat bonus RM15,000 sebulan, barulah saya boleh berkira-kira untuk berhenti kerja. Kedua, saya yakin saya boleh pergi jauh dengan Shaklee setelah saya melihat contoh mentor-mentor saya. Puan Khadijah Abdullah, upline saya, seorang surirumah, mampu membeli kereta hanya dengan pendapatan sebagai pengedar Shaklee. Beliau hanya beberapa bulan lebih awal mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Idola saya, Puan Azrin Mohd, juga seorang surirumah (resign sebab nak jaga anak sepenuh masa) sudah melancong keliling dunia dengan pendapatan sebagai pengedar Shaklee. Dan, saya jangkakan pendapatan beliau sudah mencecah ratusan ribu sebulan. Dan beliau mendapat semua ini dalam masa empat tahun sahaja. Jutawan tersohor Shaklee yang kami kenali sebagai PM Cery, menjadi jutawan setelah tiga tahun mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Ya, semua itu adalah bukti yang Shaklee boleh menjadi platform untuk saya menggapai impian saya. Impian yang saya bina untuk anak-anak dan keluarga saya. Walaupun pergerakan saya tidak sepantas mereka, saya percaya, lambat laun nanti saya akan capai impian saya itu.
Jika anda juga punya impian seperti saya, jangan tunggu lama-lama untuk mengejarnya. There's no the right time to do it. The right time is NOW! Dan, jika anda memilih Shaklee untuk menggapai impian anda, boleh hubungi saya. Kita boleh sama-sama melangkahh ke arah kehidupan yang lebih baik bersama Shaklee. Hidup yang lebih sihat dan bebas hutang adalah impian setiap orang. Saya percaya anda pun sama!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri Aman
http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
Pengedar Shaklee Sri Aman
http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
Semoga berjaya mencapai impian emy!
ReplyDeleteThanks neni Najihah
Delete