Salam sejahtera...saya
pengedar Shaklee Sri Aman, Sarawak. Saya menjadi
pengedar Shaklee ni sebagai kerja sampingan sahaja. Dan, saya ingin menjadi
Pengedar Shaklee Sri Aman sepenuh masa pada suatu masa nanti.
|
Pengedar Shaklee Sri Aman |
Hari ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang diri saya. Saya seorang ibu kepada empat orang cahaya mata yang comel dan bijak..dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Satu figure yang cukup sempurna..pemberian Tuhan yang paling mewah buat saya dan suami. Anak-anak saya berumur selang dua tahun...yang sulung berumur tujuh tahun dan yang bongsu berumur setahun 4 bulan. Kerja hakiki saya adalah seorang guru di sebuah sekolah menengah yang terletak kira-kira 16km jauhnya dari rumah. Sementara saya dan suami bekerja, mak sayalah yang menolong menjaga anak-anak saya.
Saya mula berkenalan dengan Shaklee kira-kira setahun yang lepas, iaitu semasa mengandung anak saya yang bongsu. Saya sedang mencari supplement sebagai persediaan untuk breastfeeding. Dan saya asyik ternampak produk Shaklee di Facebook. Saya memang agak cerewet orang nya..jadi memakan masa kira-kira tiga bulan untuk saya kumpul info tentang produk Shaklee. Ini kerana saya tidak mahu terambil produk yang merbahaya untuk kesihatan anak saya dan diri saya sendiri. Lagi satu, tidak seorang pun dari kenalan rapat saya yang jual atau amalkan produk ini. Sebab itu saya ambil masa yang panjang untuk membeli kerana mencari penjual yang betul-betul saya boleh percayai. Saya juga bukan jenis orang yang mudah percaya pada orang yang baru saya kenali. Dipendekkan cerita, saya memilih seorang penjual dari Sabah dan membeli ESP. Haa...ESP ni lah cinta pertama saya dengan Shaklee.
Sebelum ini, semasa hamil anak pertama hingga ke tiga juga saya minum soya dari produk lain. Tetapi, satu tin soya tu sangat susah untuk saya habiskan. Bayangkan sembilan bulan hamil pun tak habis satu tin soya yang tak sampai satu kilo tu...! Jadi saya juga was-was dengan ESP ni. Tetapi, selepas minum buat kali pertama, saya rasa..eh..sedap juga. Tak sampai sebulan, sudah habis tin yang pertama..haaa..kau..! Jadi, saya order tin yang kedua dan seterusnya mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga ahli. Tak tahupun Shaklee ni MLM dan tak terfikir pun nak buat bisnes...hehehe. Dan, sejak itulah cinta saya pada ESP dan Shaklee terus mekar. ESP menjadi minuman wajib saya setiap pagi sejak setahun lepas. Dan, yang paling buat saya gembira, gastrik saya pun dah hilang...! Selama tujuh tahun saya menderita gastrik...terutama bila makan udang. Udang menjadi pantang larang saya sejak saya bersalin anak sulung. Dan hilang selepas saya bersalin anak bongsu. Tiada yang lebih mengujakan saya selain dari itu!
Sejak itu, saya nak kongsikan kebaikan Shaklee dengan semua orang. Saya sudah merasai kesannnya. Saya nak orang lain juga merasai perkara yang sama. Dan, bulan ini, bertepatan dengan promosi ESP, saya akan sebarkan kebaikan ESP pada semua.
Antara kesan lain ESP yang saya rasai:
♥ kulit jadi makin cerah
♥ kulit jadi makin anjal
♥ semakin berasa bertenaga walau pun jadual makan tidak tentu
♥ tidak lagi berasa mengantuk walau malam tak pernah cukup tidur.
Jika anda ingin berkenalan dengan ESP, sila mulakan langkah pertama anda
DI SINI
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
Keep it up
ReplyDelete