nuffnang
Saturday, March 11, 2017
Cara Hilangkan Ketumbuhan Pada Payudara.
Friday, March 10, 2017
Kesan Pengambilan Vitamin Shaklee.
ESP adalah produk pertama yang saya cuba. Dan selepas bersalin saya mulai jatuh cinta dengan Shaklee dan mulai berani mencuba vitamin yang lain iaitu Alfalfa sebagai milkbooster.
Setelah beberapa bulan, saya terperasan yang tumit saya tidak lagi berasa sakit (saya ada masalah sakit pada tumit terutamanya pada waktu pagi). Jika dulu, sebaik saja saya bangun pagi dan memijak lantai tumit saya terasa sakit menyucuk-nyucuk. Tetapi selepas amalkan Alfalfa tumit saya tidak lagi sakit.
Saya juga perasan yang gatal-gatal pada buku lali saya pun sudah hilang. Dahulu doctor cakap yang gatal pada kaki saya tu adalah reaksi allergic. Dan, bila saya sapu ubat yang doctor berikan, gatal itu akan hilang tetapi akan timbul lagi setelah beberapa lama. Sehingga kini saya tak boleh nak fikir apa yang trigger allergic kat kaki saya tu.
Dan, yang paling nyata kesannya adalah gastric saya. Selama bertahun saya berhenti makan udang kerana jika saya termakan walaupun seekor udang, ia akan trigger masalah gastric saya. Maka saya berhenti makan makanan kegemaran saya tu sebab tak tahan nak tanggung kesakitan gastric saya tu. Dan, apabila saya sedar yang sakit tumit dan masalah allergic saya dah hilang, baru saya baca dengan teliti apakah khasiat Alfalfa. Dan, baru saya tahu yang alfalfa berupaya menyingkirkan toxic daripada badan. Saya percaya itulah sebab sakit tumit saya dan juga allergic saya tu boleh sembuh. Jadi saya beranikan diri cuba meratah seekor udang. Dan, jangkaan saya memang tepat masalah gastric pun dah hilang!
Sejak itu, saya tahu saya dah jumpa supplement yang boleh saya percayai. Daripada hanya 2 jenis vitamin yang saya makan dulu, sekarang saya rasa saya dah cuba hampir kesemua jenis vitamin Shaklee yang ada. Dan saya tahu yang saya takkan cari lagi vitamin lain selain Shaklee.
Wednesday, March 8, 2017
Set Kanak-kanak Sihat & Bijak
Adalah normal bagi seorang ibu jika dia inginkan seorang anak yang comel dan menawan. Bagi saya, semua bayi adalah comel dan yang paling comel di dunia ini sudah semestinya anak-anak saya sendiri. Rupa paras anak-anak saya yang comel lote itu adalah satu bonus, yang penting bagi saya anak-anak saya yang empat orang tu semuanya Sihat, Bijak dan Ceria! Sebab itu saya bagi mereka Set Kanak-kanak Sihat, Bijak dan Ceria yang mengandungi Omega Guard, Chewable Vita-C Plus dan Mealshake.
Omega Guard
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula amat penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Asid Docosahexaenoic(DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang lebih baik samada di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan antara neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik. Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi dan bersama-sama dengan nutrien otak lain yang tidak kurang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam membantu pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi pula mendorong keupayaan lebih baik di dalam pembelajaran dan ingatan. Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran berbahasa lebih pantas pula merupakan salah satu asas penting untuk pendidikan masa depan.
Chewable Vita-C Plus
Vitamin C berperanan penting di dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi badan serta penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat sekaligus menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan. Chewable Vita-C memberikan khasiat Vitamin C yang setara dengan sebiji setengah buah oren yang berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Ia ideal untuk kanak-kanak yang belum dapat menelan tablet. Chewable Vita-C ini juga tidak mengandungi sebarang perasa atau pewarna tiruan.
Mealshake
Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting sebagai asas nutrien penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja agar kekal sihat dan kuat. Mealshake juga merupakan sumber serat dan protein yang bagus. Mealshake juga kaya dengan sumber kalsium dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kanak-kanak yang lasak dan sentiasa berlari aktif tidak akan punya masa untuk duduk diam dan menikmati makanan yang seimbang. Sebab itu kanak-kanak memerlukan makanan segera yang baik untuk mereka iaitu makanan segera yang rendah lemak dan juga rendah glisemik.
Apabila anak-anak kita sihat, bijak dan ceria, kita sebagai ibu juga akan turut merasa gembira. Rupa paras mereka kita boleh touch-up kemudian, yang penting pembesaran mereka seiring dengan daya pemikiran yang bijak.
Jika ingin membeli Set Khas Untuk Kanak-kanak ini secara online, sila klik :
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila hubungi :
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: Tips Keluarga Sihat
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.
Tuesday, March 7, 2017
Seafood Restaurant Paling Best Di Lawas
Setelah 2 tahun berturut kami sekeluarga buat road trip tu, banyak tempat-tempat makan yang best yang telah kami jumpai di sepanjang perjalanan kami road trip ke Sabah. Tetapi, banyak-banyak tempat makan yang best tu, ada satu tempat yang kami rasa layak untuk dinobatkan sebagai tempat makan terbaik sepanjang road trip ke Sabah tersebut. Hao Wei Seafood Restaurant Lawas adalah sebuah restaurant yang terdapat di bandar Lawas, bahagian yang terletak paling hujung di negeri Sarawak dan bersebelahan dengan negeri Sabah.
Restaurant Hao Wei Seafood Lawas ini bertepatan dengan namanya, menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang segar dengan harga yang sangat murah. Bayangkan, sekilo ketam segar yang sudah dimasak(resepi pilihan kita sendiri) dijual dengan harga hanya rm25 sekilo!
Selain menawarkan harga yang berpatutan, restaurant ini juga menawarkan service yang sangat cekap dan cepat. Walaupun dengan keadaan pelanggan yang memenuhi segenap ceruk restaurant, makanan yang kami pesan telah siap dimasak dan dihidangkan dalam jangkamasa kurang dari 10 minit. Restaurant ini juga sangat mesra kanak-kanak yang mana itu adalah salah satu kriteria pemilihan tempat makan yang sangat saya titikberatkan.
Jika dizinkan Tuhan dan dimurahkan rezeki, Lawas akan kami kunjungi sekali lagi pada tahun hadapan.
Monday, March 6, 2017
SET MIGRAIN SHAKLEE
Saturday, March 4, 2017
5 Sebab Kita Memerlukan Supplement
1. Sumber mentah makanan yang tidak lagi semulajadi.
Kita beranggapan yang kita mampu menjaga kesihatan kita dengan mengelakkan semua jenis processed foods. Umum sedia maklum yang processed foods memang tidak menyihatkan. Justeru kita memilih untuk makan hanya real foods sahaja. Tetapi, tahukah anda yang real foods itupun berasal daripada sebagai contohnya ayam yang disuntik dengan cecair hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, disuntik dengan pelbagai jenis vaksin untuk mengelakkannya daripada jatuh sakit dan diberi makan baja yang penuh dengan bahan kimia untuk menggemukkannya? Sayur-sayuran segar pun tidak semestinya segar. Entah berapa banyak jenis racun dan baja yang digunakan untuk menjaga dan menyuburkan sayur-sayur tersebut. Ikan air tawar pula diberi baja dan vitamin untuk mempercepatkan tempoh matangnya. Manakala ikan laut pula diberi bahan pengawet supaya tahan dan kelihatan segar lebih lama. Pendek kata, sumber makanan kita sudah tidak lagi semulajadi. Dan, apabila kita makan sumber makanan tersebut, badan kita akan bekerja keras untuk menyingkirkan segala radikal bebas yang masuk ke badan kita melalui makanan tersebut tadi. Di sinilah makanan tambahan memainkan peranan. Ia menolong badan kita menyingkirkan radikal bebas dengan lebih cepat. Lagi cepat radikal bebas disingkirkan dari badan kita lagi bagus. Supplement yang tinggi kandungan antioksidan nya sangat-sangat kita perlukan pada zaman ini.
2. Membantu kesihatan badan.
Zaman sekarang ini sangat banyak jenis penyakit yang ada. Dan, semua itu mungkin merupakan kesan daripada sumber mentah makanan kita. Kanser contohnya adalah kesan daripada badan kita yang terdedah pada radikal bebas untuk jangka masa yang lama. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga menyebabkan badan kita benar-benar memerlukan makanan tambahan. Kehadiran virus-virus yang baru seperti HFMD juga menyebabkan anak-anak kita pun memerlukan makanan tambahan. Malahan, anak-anaklah golongan yang paling memerlukan supplement.
3. Gaya hidup yang kurang aktif.
Zaman sekarang adalah zaman IT. Zaman di mana kebanyakan individu lebih suka duduk melayan handphone daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gaya hidup seperti ini amat memerlukan makanan tambahan untuk memastikan badan kekal sihat walaupun menjalani hidup kurang aktif. Dan, jika kita ubah gaya hidup yang kita yang pasif itu kepada yang aktif sedikit, pasti hidup kita lebih sihat dengan bantuan supplement yang berkualiti.
4. Tekanan hidup.
Keadaan hidup yang serba menekan pada masa kini menyebabkan kita mudah stress. Living cost yang sentiasa meningkat salah satu punca kita jadi stress. Dan tahukah anda, apabila kita stress nutrient yang ada dalam badan kita akan cepat hilang? Terutamanya vitamin seperti vitamin B dan Vitamin C akan hilang daripada badan kita setiap kali kita berasa tertekan.
5. Cuaca yang tidak menentu.
Friday, March 3, 2017
Mengawal Bacaan Gula Dengan Vivix
Tiada yang lebih mengembirakan apabila pakcik sendiri mengakui yang bacaan gula menjadi cantik selepas minum Vivix. Malahan, bacaan gula tetap normal walaupun tidak lagi makan ubat diabetis dari hospital (atas nasihat doktor sebab bacaan gula dah cantik sangat). Dan, yang lebih penting kita boleh tolong ahli keluarga tentang kesedaran dari segi pemakanan yang sihat kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.
Apa itu Vivix?
Vivix Shaklee merupakan vitamin dalam bentuk cecair berwarna purple pekat yang bersifat antioksidan yang sangat tinggi. Dibuat daripada campuran pekatan Muscadine Grape dan juga Purple Carrot yang eksklusif dan unik itu menjadikan ianya vitamin yang sangat fleksible di dalam membantu mereka yang menghidap penyakit kronik dan malahan juga boleh membantu proses penuaan secara sihat.
Bagaimana Vivix membantu mengawal bacaan gula?Vivix yang berasaskan campuran ramuan botani yang kaya dengan polifenol dan resveratrol dapat membantu pesakit diabetis dengan memperlahankan atau mengurangkan sindrom Resistansi Insulin ("Metabolic Syndrome").
Sifat antioksidannya yang tinggi membolehkannya mampu untuk melindungi dan membaiki sel yang rosak. Oleh itu, pengambilan Vivix secara berterusan akan dapat memberi manfaat di dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang boleh menyebabkan penyakit cardiovascular dan kencing manis.
Mengawal kepekatan gula dalam darah.Karbohidrat yang dicerna akan ditukarkan menjadi gula yang akan memberikan kita tenaga yang mencukupi. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur Muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat di dalam darah dan seterusnya boleh menyebabkan pengumpulan gula yang tinggi yang akan menyebabkan diabetis.
Mengelakkan Kerosakan Mata dan Menggalakkan Penyembuhan Luka dengan segera.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung dalam Vivix membantu di dalam memperbaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera. Seperti kita sedia maklum, antara komplikasi penyakit diabetis adalah risiko kehilangan penglihatan dan juga luka yang lambat sembuh sehingga boleh menyebabkan gangrene.
Mencegah Pembentukan Protein AGE.Protein AGE (Advance Glycation End product) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerosis, sel mati dan komplikasi diabetis. Resveratrol di dalam Vivix boleh memperlahankan pembentukan protein AGE ini dan sekaligus memperlahankan penuaan.
Jom kita lihat sendiri testimony para pengguna Vivix.
Thursday, March 2, 2017
Impian Saya
Impian yang top dalam list saya adalah memastikan kesihatan anak-anak dan ahli keluarga yang lain dalam keadaan tip top. Sebab itulah saya tetap setia bersama Shaklee, sebab saya tahu saya boleh mempercayai kualiti yang Shaklee tawarkan. Dalam banyak-banyak vitamin yang Shaklee tawarkan pada kanak-kanak, saya paling suka Nutriferon. Impian saya adalah untuk memberikan mereka Nutriferon satu peket seorang setiap hari. Setakat ini saya jadikan Nutriferon sebagai stok untuk mereka makan jika hanya waktu mereka tak sihat sahaja. Dengan Nutriferon saya dapati sistem imun mereka menjadi bertambah kuat.
Impian saya yang kedua adalah hidup tanpa hutang. Ya, kehidupan bebas hutang adalah kehidupan yang sangat saya impikan. Bagi saya kemewahan itu tiada ertinya jika kita masih banyak berhutang. Segala perancangan hidup jadi tergendala selagi hutang-hutang itu tidak terlangsai. Tidur malam pun tidak nyenyak dibuatnya....huhuhu.
Sunday, February 19, 2017
Set Berpantang Shaklee
Disini saya ingin berkongsi kisah seorang ibu yang baru menimang cahayamata pertamanya dan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ikutilah kisah Puan Nadimah Muhammad yang berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee. Antara vitamin yang Puan Nadimah amalkan semasa berpantang adalah vitamin B Complex, Zinc Complex, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C, Omega Guard dan Vivix.
=============================
[SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG]
Hai semua. Assalamualaikum!
Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.
Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3 tahun lepas lagi.
Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.
Lagi-lagi sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak-banyak kali. And Nadim BEBAS GDM!
Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.
Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin-vitamin ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.
Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minit pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu-ibu, TAKUT TAKDE SUSU!
Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatlah 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2 bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.
Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!
Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri, drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.
Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!
Owh lupa! Lepas 2 minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.
Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10 bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!
Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!
Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu-jamu yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!
Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:
Friday, February 10, 2017
PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR
=============================
Assalamualaikum.
Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.
Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?
Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.
Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.
Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.
Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.
Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:
Friday, February 3, 2017
Senarai Terkini Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Tahun 2017
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.
Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk- produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.
Sumber www. npra.moh.gov.my
Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:
Thursday, February 2, 2017
SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH
Seperti ibu-ibu yang lain, Pn. WAN ZAINAB BT WAN MUHAMAD juga sangat risau bilamana anak kecilnya kerap sangat jatuh sakit. Jom kita baca testimoni beliau yang memilih produk Shaklee untuk meningkatkan sistem imun badan anaknya.
[SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH]
Assalamualaikum.
Saya Wan Zainab Bt Wan Muhammad. Ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar.
Saya ingin ceritakan kisah shaklee effect anak saya Muhammad Hud. Hud berusia 1 tahun 4 bulan sekarang dan sistem pertahanan badan beliau agak lemah. Seawal usia 2 bulan Hud sudah demam. Bukan sahaja demam tapi diikuti dengan batuk juga selsema. Hud mudah terima jangkitan daripada orang lain.
Hud paling kerap demam berbanding anak pertama. Saya perasan bila demam, Hud akan selsema dan juga batuk. Batuk Hud pula berkahak dan menganggu tidur beliau. Kesian Hud bila batuk.
Umur Hud 7 bulan, saya mula berikan Hud Omega Guard, Nutriferon & Vitamin C. Alhamdulillah, nampak perubahan yang mana selsema dan batuk cepat pulih. Saya tidak risau bila keadaan ini berulang dan saya akan sediakan suplemen sahaja untuk Hud.
Kadangkala jika Hud batuk-batuk, saya juga bawanya jumpa doktor dan doktor akan check paru-paru beliau. Alhamdulillah paru-paru Hud sihat dan cuma batuk-batuk biasa sahaja. Saya risau juga. Maklumlah, masalah Pneumonia masa kini sangat berleluasa dalam kalangan bayi.
Baru-baru ini Hud selsema dan batuk. Seperti biasa saya cepat-cepat berikan Omega Guard, Vitamin C dan Nutriferon. Dalam masa 2 3 hari sudah nampak perubahannya.
Kesihatan Hud paling saya risau sebab badan beliau masih kecil dan dalam proses bina dan kuatkan antbodi untuk pertahanan penyakit. Jadi, tugas saya adalah berikan makanan yang terbaik untuk beliau.
Kini, ketiga-tiga suplemen ini adalah suplemen wajib untuk anak-anak saya. Hud sangat gemarkan ketiga-tiganya. Kalau makan vitamin C, memang tak cukup 1 biji. Sangat senang ajar dia makan suplemen.
Saranan saya buat ibu-ibu di luar sana, berilah anak-anak anda makanan tambahan supaya badan mereka terlindung daripada sebarang penyakit bawaan Virus. Makanan sekarang ini tak sama macam zaman nenek moyang kita dahulu.
Anak-anak kita perlukan suplemen untuk top up semula nutrisi yang hilang daripada makanan yang kita makan. Tambahan pula, kanak-kanak adalah insan yang suka memilih untuk makan.
Anak-anak kita adalah harta kita. Hargailah dan sayangilah mereka. ;)
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain di luar sana.
Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:
Sunday, January 29, 2017
5 Kepentingan Detox
Apa itu Detox? Detox adalah proses penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan serta menyingkirkan toksik dari dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'.
Apa pula toksin ya? Toksin pula dalam bahasa mudahnya bermaksud benda- benda kotor yang masuk dalam badan kita melalui makanan yang kita makan, minuman kita setiap hari, udara yang kita sedut, bahan kimia yang kita sapu atau gosok pada badan kita setiap hari. Pendek kata, memang kehidupan seharian kita tidak boleh mengelak daripada benda-benda yang bertoksin ni daripada memasuki badan kita. Apatah lagi jika kita memang jenis yang dapurnya di kedai..hehehe. Oleh kerana kita tidak dapat mengelak daripada benda-benda toksin ni, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar toksin yang ada dalam badan kita. Memang badan kita boleh menyingkirkan toksin secara semulajadi dengan syarat kita minum cukup air setiap hari. Proses penyingkiran toksin inilah juga dikenali sebagai Detox. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Namun begitu, kemungkinan toksin tu masih lekat kat badan kita sangat tinggi. Contohnya tertinggal kat dinding usus kita, itu yang perlu pertolongan untuk disingkirkan habis dari badan kita.
Jadi kenapa kita perlu Detox? Di sini saya senaraikan kepentingan Detox pada badan kita ya.
1. Beri tenaga dan fokus
Badan yang bebas toksin akan sentiasa sihat dan bertenaga. Apabila tenaga kita tip top, maka makin senang otak dan badan kita fokus pada kerja-kerja yang kita lakukan seharian. Tak lah kita rasa letih lemau memanjang.
2. Berat badan yang sihat
Yep, badan yang sihat adalah badan yang bebas toksin. Bukan sahaja rasa sihat dan cergas, malahan juga berat badan pun kita boleh jaga dengan senang.
3. Kulit yang sihat dan nampak lebih segar.
Ramai yang tidak tahu bahawa masalah kulit muka adalah disebabkan badan yang sangat bertoksin. Jadi, kalau nak kulit muka yang cantik melecun mulus bagai, kena la rajin-rajin detox ya. Beli set jagaan muka yang ribu riban pun tak guna jika toksin tu penuh satu badan.
4, Meningkatkan keadaan emosi kita.
Of course la bila badan bertoksin badan kita jadi lemah dan rasa tidak sihat. Apabila tidak sihat tubuh badan, minda sekali akan jatuh sakit. Waktu inilah kita jadi moody semacam. Apatah lagi jika balik dari kerja kena urus rumahtangga lagi. Jadi, sebagai surirumah memang badan kita perlu sentiasa sihat.
5. Kesihatan bertambah baik.
Detox boleh menolong memperbaiki tahap kesihatan kita. Macamana pula tu ya? Apabila toksin-toksin berjaya disingkirkan dari badan, maka badan boleh menyerap nutrient dengan lebih berkesan dan cepat kerana toksin tidak lagi menjadi halangan. Apabila badan kita mendapat nutrient yang sepatutnya, maka kesihatan kita berada dalam keadaan tip top. Sebab tu kadang-kadang kita lihat ada kawan-kawan kita yang jatuh sakit setiap bulan (macam saya sebelum 3 tahun yang lepas) dan ada yang dalam setahun tu mungkin sekali jatuh sakit. Jadi. Tidak dapat dinafikan bahawa kekerapan Detox boleh menolong meningkatkan sistem imun badan.
Saya DETOX cara Shaklee dengan mengamalkan 5 Jenis produk ni :
Vivix - Detox Sel & Kulit
Alfalfa Complex - Detox Darah Kotor
Herblax - Detox Usus
DTX Complex - Detox Hati
Peppermint Ginger - Melegakan perut kembung dan senak sepanjang program detox dijalankan (buang angin)
Set Detox yang ini boleh membantu proses Detox secara menyeluruh dari mental hingga fizikal.
Jadi, sama-samalah kita jaga kesihatan kita dengan bukan saja amalkan pemakanan yang sihat, malahan juga kita boleh mula berdetox hari ini.
Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:
Saturday, January 28, 2017
5 Sebab Saya Pilih Shaklee
Tahun 2017 melakarkan tahun keempat saya amalkan vitamin Shaklee. Bukan hanya saya, malahan semua ahli keluarga saya berkongsi vitamin yang sama. Setelah empat tahun saya masih setia pada jenama yang sama. Jadi, tulisan kali ini saya nak senaraikan 5 Sebab Saya Pilih Shaklee.
1. Saya Pilih Shaklee Kerana Kualitinya.
Selalunya bila saya berbicara tentang Shaklee, akan ada yang menyampuk bahawa vitamin yang sama berlambak dijual difarmasi dengan harga yang lebih murah. Bagi saya, kualiti vitamin Shaklee amat tinggi kerana dibuat daripada sumber asli yang berkualiti tinggi serta tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia. Yang pasti, vitamin Shaklee bukan daripada bahan sintetik. Ini dibuktikan lagi daripada landmark study yang pihak Shaklee keluarkan. Lagi satu, setiap produk yang Shaklee keluarkan ada menjalani ujian klinikal. Jadi, tidak ragu lagi vitamin Shaklee sangat tinggi kualitinya serta selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif.
2. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Vitamin Untuk Keluarga.
Shaklee menawarkan pelbagai jenis vitamin yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi sehingga la warga emas boleh mengamalkan vitamin Shaklee ni. Contohnya, sebotol vitamin C tu saya berkongsi bukan sahaja dengan suami malahan dengan ibu dan bapa saya juga. Untuk anak-anak saya pun ada vitamin c yang khas untuk mereka juga iaitu Chewable Vitamin C.
3. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Sentiasa Selamat, Semulajadi Dan Berkesan. Saya memang 100% percaya bahawa SHAKLEE memang selamat, semulajadi dan berkesan. Contohnya, cecair pencuci serbaguna Basic H. Walaupun namanya cecair pencuci serbaguna, kadang-kadang saya guna untuk berkumur jika mulut saya mengalami ulser dan juga jika saya ada tanda awal jangkitan tonsil. Akibatnya, rasanya sudah hampir 2 tahun saya mampu mengelakkan diri daripada menelan antibiotik. Maklumlah, saya ni jenis yang senang sangat alami kembang tonsil. Malahan, anak-anak saya yang dijangkiti virus HFMD baru-baru ini pun saya mandikan mereka dan berkumur dengan Basic H. Haaa...sampai tahap tu saya letakkan kepercayaan saya pada Shaklee.
4. Saya Pilih Shaklee Kerana Senang Nak Order. Sistem online nya yang mesra pengguna sangat memudahkan saya untuk membuat pembelian online. Dan pembayaran juga boleh dibuat menggunakan samada debit kad ataupun kredit kad. Penghantaran barang pula Shaklee guna khidmat kurier service GDEX. Jadi amat senang bagi orang seperti saya, tidak perlu pergi ke stokis untuk angkut sendiri stok. Oh ya, Shaklee juga tidak guna sistem stokis. Shaklee hanya ada beberapa cawangan sahaja di beberapa buah negeri di Malaysia ni. Semua yang bekerja di cawangan tersebut juga adalah staff yang dibayar gaji oleh Shaklee Malaysia. Mereka bukan stokis. Pendek kata, semua di hujung jari saja, order secara online dan barang akan dihantar ke depan pintu rumah. Senangkan?
5. Saya Pilih Shaklee Kerana Peluang Buat Side Income. Sistem yang digunakan didalam MLM Shaklee bagi saya sangat adil dan menguntungkan. Selain untung runcit daripada jualan vitamin, Shaklee juga membayar bonus kepada semua ahli yang layak berdasarkan jumlah jualan pada bulan tersebut. Dan, bonus itu tiada had, lagi banyak jualan lagi banyak la bonus yang kita akan dapat. Selain bonus jualan, ada juga bonus kereta dan juga tajaan percutian lima bintang di dalam dan juga luar negara. Meskipun saya belum ada rezeki untuk pergi melancong bersama Shaklee, saya yakin dan pasti satu hari nanti percutian lima bintang itu akan menjadi milik saya dan keluarga. Malahan, semua ahli keluarga saya termasuk ibu bapa saya akan pergi melancong dibawah tajaan Shaklee.
Sebenarnya saya boleh senaraikan lebih daripada 5 sebab. Tetapi takut nanti terlalu panjang pula untuk dibaca. Lain kali la saya sambung lagi cerita pasal Shaklee ni ye. Salam subuh.
Saturday, February 20, 2016
Masalah Hypertiroid : Simptom-simptom Dan Cara Mengatasinya.
Hypertiroid adalah keadaan di mana pengeluaran hormon Tiroid secara berlebihan daripada kadar yang diperlukan oleh tubuh. Kesan daripada rembesan hormon Tiroid yang berlebihan ini akan meningkatkan aktiviti tubuh seperti peningkatan kadar metabolisme. Hypertiroid juga meningkatkan risiko untuk mengalami Osteoporosis atau masalah tulang rapuh. Masalah Hypertiroid ini juga jika dibiarkan boleh menjadi penyebab kepada masalah jantung .
Antara Simptom-simptom Hypertiroid adalah :
- Kekurangan berat badan kerana kadar metabolisme yang tinggi
- Kadar denyutan jantung menjadi laju
- Rasa cemas
- Sukar tidur
- Berpeluh dengan banyak
- Selalu berasa panas walaupun orang di seliling berasa sejuk
- Haid yang sedikit
- Cirit-birit
- Mata menjadi besar (bulging eyes)
- Bengkak pada leher
- Vivix - Melindungi serta memperbaiki sel DNA manusia
- SR Vitamin C 500mg - Menyokong sistem imun pengidap Hypertiroid
- Vitalea - Membekalkan vitamin dan mineral yang seimbang pada baan
- Ostematrix - Membekalkan sumber kalsium untuk pengidap Hypertiroid yang mudah kehilangan kalsium dari badan.
- Omega Guard - memperbaiki fungsi kalenjar yang betul dan mengurangkan pembengkakkan pada kalenjar.
Friday, February 19, 2016
Simptom-simptom Awal Pengidap Hypotiroid
- Keletihan
- Mudah berasa sejuk
- Berat badan mudah bertambah
- Depression
- Lemah daya ingatan
- Tidak dapat berfikir dengan jelas
- Kuat tidur
- Sakit kepala pada waktu pagi yang biasanya akan hilang sendiri apabila hari makin lewat
- Masalah sakit, bengkak dan kejang pada sendi dan otot.
- Bengkak pada muka terutamanya di sekitar mata.
- Bengkak pada lidah
- Suara bertambah garau, masalah pertuturan dan masalah pendengaran
- Mengalami pendarahan yang banyak semasa haid.
- Perubahan pada kulit seperti sejuk dan pucat, kering dan gatal, kasar serta bersisik, kedutan di muka (laugh lines)
- Hujung kuku mudah pecah dan lambat panjang
- Rambut menjadi rapuh, kasar serta mudah gugur
- Bulu kening menjadi nipis dan mudah gugur
- Denyutan jantung menjadi perlahan
- Mudah sesak nafas apabila bersenam
- Lemah tubuh badan
- Tekanan darah tinggi
- Bacaan kolesterol menjadi tinggi
- Masalah tumbesaran yang terhenti lebih awal (bantut)
- Lambat mengalami akil baligh
- Pendarahan yang teruk semasa haid
- Mengalami masalah pembelajaran kerana daya ingatan mereka yang lemah
- Mengalami keletihan yang melampau
- Vivix - perbaiki sebarang kekurangan pada sel.
- Alfalfa Complex - kaya dengan iodin yang merupakan bahan asas pada hormon tiroid
- Vitalea Iron Formula - Sumber lengkap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan
- SR Vita C 500mg - Hanya dos yang diperlukan
- Ostematrix - mengurangkan PMS dan sakit otot
- Omega Guard - memperbaiki fungsi kalenjar tiroid
- B Complex - mengurangkan stress dan membekalkan tenaga
Thursday, February 18, 2016
Masalah Buasir dan Cadangan Supplement Untuk Atasi Masalah Buasir
Terdapat 2 jenis buasir...
1. Internal hemorrhoid (Buasir Dalaman) - terjadi apabila urat membengkak di dalam dubur.
2. External hemorrhoid (Buasir Luaran) - urat membengkak berhampiran dengan permukaan dubur.
Punca-punca Buasir
* Terlalu banyak tekanan di kawasan pelvis dan rektum (sewaktu membuang)
*Cirit-birit atau sembelit akan menyebabkan anda meneran terlalu kuat dan meningkatkan tekanan urat di dalam kawasan dubur.
* Wanita hamil berisiko mendapat buasir apabila usia kandungan mencecah 6 bulan ke atas.
* Meneran sewaktu bersalin juga boleh menyebabkan buasir menjadi lebih teruk.
* Berat badan berlebihan boleh membawa kepada buasir.
Simptom-simptom buasir
* Pendarahan semasa pergerakan usus
* Gatal-gatal
* Sakit di bahagian dubur (terasa sakit ketika ingin membersihkan)
Cadangan supplement yang boleh membantu mengurangkan masalah buasir.
Omega Guard
* Untuk membantu pengecutan otot dan urat yang bengkak.
* Baik untuk sendi dan otot.
Zinc Complex
* Membantu menyembuhkan luka di dlam bahagian dubur dengan lebih cepat.
Ostematrix
* Membantu mengurangkan sembelit
*Melancarkan pembuangan air besar
* Memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
Jangan biarkan kesengsaraan anda berlarutan. Dapatkan suplement yang anda perlukan hari ini juga. Salam Sayang.






















