nuffnang
Monday, December 29, 2014
Pemberitahuan Rasmi Penangguhan Sesi Persekolahan 2015
Labels:
CORAT CORET
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Monday, December 22, 2014
Vitamin E Bukan Sekadar Untuk Kesihatan
Meh..kita kenalan dulu dengan Vitamin E. Apa itu Vitamin E...
Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Ni pula antara khasiat Vitamin E dalam badan:
- -Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel-sel badan yang disebabkan oleh radikal bebas.
- -Mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia. pengambilan yang berterusan akan mampu menghilangkan kedut, parut dan jeragat.
- -Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
- -Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
- -Bersifat anti oksidan.
- -Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
- -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
- -Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
- -Menyelesaikan masalah kelesuan.
- -Mengurangkan risiko parut yang besar.
- -Merendahkan kadar kolesterol.
- -Membantu mencegah kanser.
- -Merendahkan risiko katarak.
-Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
Bagi saya pula..Vitamin E ini bukan sahaja untuk ditelan..malahan lebih dari itu. Pengalaman saya baru-baru ini..pergi bercuti bersama keluarga di kawasan pantai. Saya dapati bibir anak-anak saya kering dan merekah akibat cuaca yang panas dan juga kurang minum air. Apa yang saya buat, saya pecahkan vitamin E itu dan sapu pada bibir anak-anak saya. Keesokan harinya, bibir mereka tidak lagi kering dan merekah.
Sebab itu, saya sentiasa memastikan sebotol Vitamin E saya bawa bersama setiap hari.
Labels:
Vitamin E
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Friday, December 19, 2014
Now Everyone Can Be Pretty : Promosi Bulan Disember 2014!
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Thursday, December 18, 2014
6 Sebab Menyesal Kalau Tak Beli Collagen Powder Shaklee
Apa yang istimewa tentang Collagen Shaklee berbanding collagen lain di pasaran?
Sebab no.1: Struktur collagen powder shaklee ni sangat lah halus! Hanya 1000 dalton berbanding 300,000 dalton collagen dari jenama lain! Lagi kecil struktur collagen, lagi bagus, sebab lagi cepat collagen diserap oleh kulit dan sel!

Sebab no.2: Collagen powder shaklee adalah diperbuat daripada sisik ikan merah laut dalam yg tahan pada tekanan. Jadi untungnya pada kita yang ambik collagen shaklee ni..andai ada radikal bebas dalam badan, stress dan sebagainya, collagen yang ada dalam tubuh dan kulit tak akan mudah musnah sebab collagen powder shaklee dari sisik ikan merah ni tahan lasak! Di dalam collagen powder shaklee ni ada antioksida untuk bantu melindungi badan dari radikal bebas.
Sebab no.3: Ada yang kata, “Masak rebus je kaki ayam, kaki ayam kan banyak collagen kan”? Entah berapa ribu kaki ayam diperlukan untuk dapatkan jumlah collagen yang perlu untuk anjalkan balik dan topup kehilangan kolagen. Sebabnya struktur collagen kaki ayam, sarang burung ke, strukturnya sangat besar! Tidak sehalus struktur collagen powder shaklee. Tambahan pula, entah berapa banyak baka dan ubat yang sudah disuntik pada ayam-ayam yang kita makan tu. Memang tidak organik sangat la kan..sebab kita mahu sumber collagen yang organik supaya kita mendapat kesan collagen tu dalam masa yang singkat.
Sebab no.4: Collagen shaklee ini tiada tambahan gula atau sebarang perasa yang lain. Tapi bila kita nak minum, kita boleh campur dengan air kegemaran kita. Saya suka minum ESP dengan collagen sebagai minuman awal pagi saya. Berlainan dengan collagen dari jenama lain, collagen dicampur dengan gula, pewarna, collagen tak banyak mana pun, rasa sedap sebab perasa dan pewarna je.
Sebab no.5: Dalam collagen shaklee ni bukan saja ada collagen tapi ada extra benefit yang lain juga. Ada 7 bahan active, yang membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda atau kekal muda, menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut, melembabkan dan mencerahkan kulit seta menyuburkan rambut, dan juga memelihara sendi.
Sebab no.6:
Sebab no.6:
Rata-rata yang dah cuba collagen powder shaklee ni, 70% cakap kulit lebih cerah, 90% cakap kulit lebih tegang tau!!
Tahukah anda bahawa badan kita kehilangan collagen sebanyak 1000-4000mg SETIAP HARI?? So nakmaintain muda, kena la topup balik collagen yang dahhilang tu! Tambahan pula kalau wanita yang sudah beranak pinak seperti kita ni, lagi banyak collagen hilang dari dalam badan tau!
Sebaik-baiknya untuk kekal awet muda, pengambilan collagen adalah amat digalakkan diambil bermula umur 25 tahun!
Sedara sedari yang tengah baca artikel ni umur berapa pula? Takkan nak tunggu umur 60 tahun baru nak bercollagen kot? Kolagen bukan sebab nak cantik dan muda saja. Collagen nie macam gam, dia gam kan struktur dalam badan kita. Tak le umur baru 30 dah mula sakit pinggang dan sakit lutut. Jadi kolagen bukan hanya untuk cantik tau!
Pilihlah collagen yang benar-benar berkualiti tinggi. Yang betul-betul akan bagi kesan pada badan tau!!
Labels:
COLLAGEN POWDER
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Tuesday, December 16, 2014
December Promo : Shaklee Collagen Powder (SCP) Buy 3 Free 1!
Buat pengetahuan semua, bulan Disember ni Shaklee buat promosi habis-habisan untuk kecantikkan. Tak cukup dengan promosi Vitamin C dan Vitamin E, Shaklee juga buat promosi yang ke-3 bulan ini iaitu, Promosi Shaklee Collagen Powder Buy 3 Free 1!
Promosi ini dibuat untuk menghabiskan stok kerana pengeluaran Shaklee Collagen Powder akan dihentikan sementara waktu pada tahun depan untuk new packaging. Pengeluaran semula Shaklee Collagen Powder mungkin hanya akan bermula pada September atau Oktober 2015 nanti.
Jadi, kepada semua peminat Shaklee Collagen Powder tunggu apa lagi..tempahlah hari ini sebelum stok habis! Ramai peminat collagen ni tau..termasuk saya sendiri hihihi... Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya!
Labels:
COLLAGEN POWDER
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Sunday, December 14, 2014
Their Happines Is My Passion
Labels:
CORAT CORET
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Antioksida Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan Kita
Apakah itu antioksida?
Antioksida adalah bahan yang menolong mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan daripada risiko mendapat sesetengah penyakit.
Radikal bebas pula adalah terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab utama kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas di dalam badan seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.
Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan sendiri radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan.
Di manakah antioksida boleh ditemui?
Badan kita berupaya untuk menghasilkan sendiri antioksida. Tetapi apabila usia kita semakin meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita tetap memerlukan antioksida daripada sumber luaran.
Antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida adalah seperti beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E.
Sumber antioksida yang selalu ditemui adalah:

- Beta karotenaBeta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Selalu terdapat dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.
- LuteinLutein pula sering kali dikaitkan dengan kesihatan mata. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Dengan tambahan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.
- Likopena (Lycopene)Likopena pula adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.
- SeleniumSelenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.
- Vitamin CVitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
- Vitamin EVitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.
Apakah faedah serta kebaikan antioksida?
Penyelidikan yang lebih mendalam perlu dijalankan untuk mengenal pasti faedah antioksida kepada kesihatan manusia. Masih belum terdapat bukti yang betul-betul kukuh bagi faedahnya, dan bukti-bukti penggunaan vitamin antioksida untuk mengurangkan penyakit kronik juga masih dalam peringkat awal penyelidikan.
Kesimpulan
Antioksida digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pemakanan tambahan kesihatan dengan harapan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari. Kajian awal yang telah dijalankan mencadangkan bahawa pemakanan tambahan antioksida mungkin boleh menggalakkan kesihatan yang baik, walaupun kajian percubaan klinikal yang lebih besar tidak dapat mengesan sebarang faedah. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menambah baik kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan secara umumnya.
Oleh yang demikian:
Oleh yang demikian:
- Makanlah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang berpatutan daripada bergantung kepada pemakanan tambahan dengan beberapa antioksida.
- Lakukan senaman bersesuaian dan makan diet yang seimbang melalui lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk membekalkan komponen yang diperlukan serta membantu badan kita untuk membina sistem antioksida secara semula jadi. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk memastikan pengambilan nutrien antioksida yang mencukupi.
- Bahan-bahan lain yang terdapat dalam sumber antioksida semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
- Sebelum mengambil sebarang pemakanan tambahan antioksida, pastikan risiko serta faedah yang bakal diperolehi.
- Bagi sesetengah antioksida, kepekatan yang tinggi boleh memberikan kesan toksik, maka elakkan mengambil suplemen secara berlebihan.
Labels:
Vitamin E
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Friday, December 12, 2014
7 Sebab Saya Memilih Shaklee
Hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang kenapa saya memilih Shaklee untuk diri saya dan juga keluarga. Saya boleh senaraikan 1001 senarai sebab sebenarnya...tetapi biarlah saya ringkaskan kepada 7 sebab yang paling utama.
1. Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan Dan Juga Sentiasa Semulajadi.
Itu adalah motto Shaklee. Sebagai seorang yang cerewet di dalam memilih supplement untuk diri saya dan keluarga, Shaklee menepati citarasa saya. Saya akui ini bukan pertama kali saya ambik supplement dari jenama lain, tetapi saya belum puas hati. Malahan, ada di antara produk tersebut berharga jauh lebih mahal daripada Shaklee. Namun, selepas sekian lama mencuba..saya masih tidak nampak perubahan yang ketara. Ini berbeza dengan Shaklee...baru beberapa bulan, saya sudah merasa kesannya. Produk Shaklee yang telah berada di pasaran lebih 50 tahun lamanya menyebabkan saya tidak was-was untuk menggunakannya.2. Harga Yang Berpatutan
Ramai yang kata Shaklee sangat mahal. Ya, jika anda jarang mengamalkan supplement. ..memang anda akan merasa yang Shaklee ni sangat mahal. Tetapi pengalaman saya yang pernah mencuba pelbagai jenama supplement lain sebelum Shaklee, saya rasa Shaklee menawarkan harga yang sangat berpatutan...sesuai dengan kualiti dan juga kuantiti nya. Dan, apabila saya menjadi ahli dalam keluarga besar Shaklee..saya mendapat penjimatan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Walaupun saya ni jenis yang tidak berkira sangat apabila ianya berkaitan dengan kesihatan anak-anak, tetapi saya nak setiap satu sen yang saya belanjakan itu biarlah berbaloi.
3. Tiada Had Umur Penggunaan.
Hampir setiap produk Shaklee boleh digunakan oleh seisi keluarga iaitu daripada seawal umur 1 tahun sehingga warga emas. Contohnya Omega Guard....satu keluarga kami makan Omega Guard setiap hari. Cuma, dose pengambilan sahaja yang berbeza.
4. Pelbagai Pilihan Produk.
Shaklee bukan sahaja menawarkan supplement malahan juga Shaklee menawarkan set penjagaan kulit, penjagaan rambut dan juga penjagaan rumah. Sekarang ni saya gunakan set penjagaan rumah Shaklee. Memang saya suka Fresh Laundry Concentrate ni..sangat jimat dan wangi. Basic H pula menyenangkan tugas harian saya di rumah..apatah lagi dengan 4 orang anak kecil di rumah.
5. Perkhidmatan Shaklee
Shaklee online sistem sangat user friendly. Semua pesanan yang dibuat menggunakan sistem online nya dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Perkhidmatan kurier yang Shaklee gunakan juga sangat efisien. Setakat ini, setiap pembelian yang saya buat online akan sampai dalam masa 3 hari. Walau bagaimanapun, Shaklee mempunyai cawangan di beberapa buah negeri di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan juga di Sabah. Sayang sekali Shaklee tiada cawangan di Sarawak. Dengan adanya sistem online ni..saya pesanan membuat pesanan bila-bila masa sahaja dan di mana jua saya berada.
6. SID Yang Saling Membantu
Saya mulai melibatkan diri secara serius sebagai SID apabila melihat hubungan di antara SID yang sangat akrab. Walaupun hakikat nya kami adalah business rival, tetapi persaingan secara sihat di antara kami itulah yang menjadi semangat dan motivasi kami untuk terus maju ke depan.
7. Sistem MLM Shaklee Yang Sangat Adil dan Saksama
Saya dulupun tak sedar yang Shaklee adalah MLM. Ini kerana sistem MLM nya yang memberi peluang sama rata kepada semua SID nya walaupun ada sistem downline serta upline. Yang membezakan apa yang kami dapat adalah usaha masing-masing. Yang berusaha lebih akan mendapat bonus serta komisen yang lebih. Saya telah melihat mereka yang lebih awal terlibat dengan Shaklee daripada saya contohnya upline saya..seorang surirumah sepenuh masa, bertungkus lumus dalam masa setahun..kini telah berjaya membeli kereta dengan duit sendiri yakni duit bonus yang Shaklee bagi. Dan idola saya, mencapai taraf jutawan setelah 3 tahun bertungkus lumus di dalam Shaklee.
Kalau dahulu saya tak suka sangat dengan MLM, Shaklee telah mengubah pendirian saya. Secara ringkasnya, 2 sebab yang paling utama saya memilih Shaklee adalah kerana produknya dan juga business plan nya.
Labels:
CORAT CORET
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Thursday, December 11, 2014
Cerita Saya : Side Income
Saya teringat ketika zaman saya masih berada di kolej dulu, dengan hanya RM10 saya dan kawan (sekarang dah arwah) saya boleh pusing keliling Bandaraya Kuching untuk satu hari suntuk. Pada masa itu, mee kolok (mee popular di Sarawak) berharga hanyalah RM1.20 dan segelas air soya fresh panas adalah 50 sen sahaja. Minyak motosikal Yahama SS10 pula, hanya denga RM2.00 sudah penuh satu tank! Manakala elaun yang dibayar pada kami setiap bulan adalah RM350.00 sahaja dan itupun kami mampu untuk membeli sebiji keyboard Yamaha!
Itu adalah lebih kurang 20 puluh tahun dahulu. Dan sekarang, dengan pendapatan saya dan suami lebih kurang RM8K sebulan, kami perlu berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan perbelanjaan cukup sehingga hujung bulan. Memang betul kata orang tua..lagi besar periuk, besar lagilah keraknya. Ya, kerana keperluan anak-anak jugalah kereta yang dulunya 5 seater kini dah ditukar kepada 8 seater. Kenapa saya kata keperluan? Anak-anak dah 4 orang, jadi saya nak mereka ada keselesaan ketika kami sekeluarga travel bersama. Lagipun, 4 orang anak-anak kecil tu punyalah banyak barang keperluan mereka yang kami perlu bawa setiap kali travel. Travel maksud saya di sini bukanlah pergi makan angin pusing keliling satu Pulau Borneo ni..tetapi travel ketika balik ke kampung mak bapa saya yang jauhnya kira-kira 45 minit perjalanan dari kediaman saya. Kalau nak cuti-cuti satu pulau Borneo tu memang kami tak mampu.
Nilai wang yang dulunya dengan RM10 jika kita pergi ke kedai, boleh sakit tangan kita bawa plastik yang penuh berisi barang. Tetapi sekarang ni, kalau bawa RM10 pergi ke pasar tamu (wet market), hanya 5 ikat sayur ja kita boleh beli. Itupun 2 ikat tu sekali masak untuk satu hidangan 5 orang ahli keluarga!
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kos hidup pada masa sekarang berbanding dahulu adalah amat tinggi sekali tidak kira kita tinggal di mana. Perbelanjaan untuk keperluan asas keluarga seperti makanan adalah memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi. Tambah-tambah lagi dengan GST yang bakal iperkenalkan pada tahun depan. Apatah lagi untuk mengumpul harta dan wang simpanan untuk masa depan anak-anak.
Sebab itulah saya mencari side income. Saya tahu..gaji kami suami isteri sebagai sebagai kakitangan tangan awam tidak akan mencukupi jika kami ingin meninggalkan harta dan wang simpanan yang cukup untuk anak-anak kami yang 4 orang tu. Dan, saya tahu tiada side income yang boleh memberikan pulangan yang lumayan selain daripada berniaga. Dan, saya juga tahu kami tidak berseorangan dalam hal ini. Masih ramai lagi di luar sana yang mengalami masalah yang sama seperti kami.
Itu adalah lebih kurang 20 puluh tahun dahulu. Dan sekarang, dengan pendapatan saya dan suami lebih kurang RM8K sebulan, kami perlu berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan perbelanjaan cukup sehingga hujung bulan. Memang betul kata orang tua..lagi besar periuk, besar lagilah keraknya. Ya, kerana keperluan anak-anak jugalah kereta yang dulunya 5 seater kini dah ditukar kepada 8 seater. Kenapa saya kata keperluan? Anak-anak dah 4 orang, jadi saya nak mereka ada keselesaan ketika kami sekeluarga travel bersama. Lagipun, 4 orang anak-anak kecil tu punyalah banyak barang keperluan mereka yang kami perlu bawa setiap kali travel. Travel maksud saya di sini bukanlah pergi makan angin pusing keliling satu Pulau Borneo ni..tetapi travel ketika balik ke kampung mak bapa saya yang jauhnya kira-kira 45 minit perjalanan dari kediaman saya. Kalau nak cuti-cuti satu pulau Borneo tu memang kami tak mampu.
Nilai wang yang dulunya dengan RM10 jika kita pergi ke kedai, boleh sakit tangan kita bawa plastik yang penuh berisi barang. Tetapi sekarang ni, kalau bawa RM10 pergi ke pasar tamu (wet market), hanya 5 ikat sayur ja kita boleh beli. Itupun 2 ikat tu sekali masak untuk satu hidangan 5 orang ahli keluarga!
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kos hidup pada masa sekarang berbanding dahulu adalah amat tinggi sekali tidak kira kita tinggal di mana. Perbelanjaan untuk keperluan asas keluarga seperti makanan adalah memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi. Tambah-tambah lagi dengan GST yang bakal iperkenalkan pada tahun depan. Apatah lagi untuk mengumpul harta dan wang simpanan untuk masa depan anak-anak.
Mereka inilah sebab saya cari side income. Untuk persediaan mereka menghadapi masa depan. Saya mahu mereka financial freedom bila nanti mereka dewasa dan punya keluarga sendiri. Saya tidak mahu mereka menghadapi apa yang kami hadapi untuk besarkan mereka.
Labels:
CORAT CORET
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Wednesday, December 10, 2014
- Dawna Markova
Labels:
Quotes
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Today's Quote
In times of crisis, people reach for meaning. Meaning is strength. Our survival may depend on our seeking and finding it.
- Dawna Markova
Labels:
Quotes
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
LECITHIN
Lecithin
Choline is a component of the neurotransmitter acetylcholine, which is involved in the transmission of messages in the brain and nervous system. Soy lecithin is the primary source of choline.
Shaklee Lecithin is naturally sourced from soybeans. Each soft gel provides 530mg of lecithin.
No artificial flavours, sweeteners, colors, or preservatives added.
Labels:
LECITHIN
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Tuesday, December 9, 2014
Chewable Vita-C Plus™ 100 mg
Chewable Vita-C Plus™ 100 mg
Product Code:10621 (90 tablets)
Vitamin C plays a critical role in maintaining the body’s natural antioxidants. It’s also essential for healthy bones, teeth, gums as well as general make-up of the body and helps in the maintenance of good health.
Additional Vitamin C is required for pregnant and lactating women, when diet alone does not provide vitamin C.
Chewable Vita-C has a great citrus taste and provides the vitamin C equivalent of 1½ oranges. It’s suitable for children or anyone who has problems swallowing tablets.
No artificial flavors, sweeteners, colors, or preservatives added.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pengedar Shaklee Sri Aman
Labels:
CHEWABLE VITA-C PLUS 100MG,
Mealshake
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Monday, December 8, 2014
ESP - Soy Protein Isolate Powder
ESP - Soy Protein Isolate Powder
Delivers sustained energy, with the highest quality plant-based protein available
Product Code:11003 (850g)
Shaklee ESP powder is a good source of soy protein. ESP provides 14 grams of high quality non-GMO soy protein with all the amino acids, including the nine essential amino acids your body needs for protein synthesis.
Unlike protein from meat, eggs and dairy, ESP is naturally low in fat. It is also lactose and cholesterol free.
Shaklee ESP:
- Provides sustained energy and helps ward off hunger because it provides a constant source of energy.
- Soy protein helps to reduce cholesterol.
- Contains five essential B vitamins, half the Daily Value for calcium, and soy isoflavones. Studies have shown that soy helps regulate hormonal balance during the transitional period of menopause.*
- This non-GMO soy protein is produced under an Identity Preservation Program (IPP), which means that the soybeans are tightly monitored and controlled from planting through processing.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pengedar Shaklee Sri Aman
Labels:
ENERGIZING SOY PROTEIN
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Musim Cuti Datang Lagi!
Tips Percutian Bersama Anak Kecil
Setiap tahun, apabila tiba musim cuti persekolahan hujung tahun, ramai di antara kita yang akan pergi bercuti bersama keluarga. Destinasi percutian yang dipilih pula selalunya berdasarkan kemampuan seseorang. Bagi yang mampu, destinasi percutian yang dipilih adalah di luar negara. Antara destinasi pilihan adalah seperti, negara Korea, negara-negara Arab, Bali di Indonesia, Vietnam dan juga Thailand. Tak kurang juga yang ada lebih suka melancong di dalam negara. Negara kita juga punya banyak tempat-tempat menarik yang sedia untuk dilawati. Walau dimanapun destinasi pilihan kita, percutian itu akan lebih bermakna jika disertai semua ahli sekeluarga.Namun begitu, bagi yang mempunyai anak-anak kecil pula mungkin akan menghadapi masalah jika percutian tidak dirancang dengan teliti. Ini kerana anak-anak kecil ini terutamanya mudah berubah mood. Dan, jika mereka dalam keadaan moody, maka percutian yang sepatutnya menyeronokkan pula akan menjadi kelam kabut dan penuh dengan pergaduhan. Jangan jadikan hal ini menganggu keseronokkan percutian anda. Berikut ini saya kongsikan tips melancong bersama anak-anak kecil. Semoga memberi manfaat kepada semua.
BAWA BEKAL
Bawa bekal makanan dan minuman. Ketika bercuti, anak-anak biasanya mudah berasa lapar. Bagi mengelakkan mereka ‘meragam’, eloklah jika kita membawa sedikit bekal. Buah-buahan, biskut, kerepek, dan roti adalah antara makanan paling mudah untuk dibawa.
Jika destinasi percutian memerlukan perjalanan yang jauh, kita boleh membawa bekal makanan sendiri kerana dikhuatiri anak-anak akan berasa lapar di dalam kereta. Makanan berat seperti nasi goreng atau mi dan mihun goreng juga boleh dibawa.
Tanda Pengenalan
Apa yang boleh kita buat adalah melabel ‘back pack’ anak-anak kita. Letakkan nama kita sebagai ibu bapa, nama anak serta nombor telefon untuk dihubungi. Pentingnya melabel beg ini adalah sekiranya anak-anak terlepas daripada pengawasan kita.
BERSIAP SEDIA
Jangan lupa untuk membawa kelengkapan lain seperti tuala kecil, barang mandian, dan baju gantian untuk anak-anak. Anak-anak ada banyak ragamnya dan ada masanya baju mereka akan kotor. Jadi bawalah baju ganti supaya anak-anak berada dalam keadaan selesa setiap masa.
Jangan lupa juga untuk membawa baju renang dan krim pelindung matahari sekiranya bercuti di pantai. Sudah menjadi kebiasaannya, anak-anak akan tertarik untuk mandi laut atau berenang di kolam. Jadi kita sebagai ibu harus bersedia dari awal.
UBAT-UBATAN
Bawalah ubat-ubatan asas seperti minyak angin, paracetamol, ubat sakit perut, dan apa sahaja ubat yang mungkin diperlukan ketika bercuti. Cara ini memudahkan kita jika terjadinya kecemasan. Tidaklah kita kelam kabut mencari ubat bila diperlukan. Selain itu, kita juga boleh membawa bersama supplemen yang boleh menguatkan sistem imun anak-anak serta memberikan mereka tenaga. Saya percaya pada konsep bahawa mencegah adalah lebih baik untuk merawat!
RANCANGAN LIBUR
Bila bercuti dengan anak-anak kecil, kita harus ada perancangan. Jangan main terjah sahaja. ‘Mood’ anak-anak sangat penting untuk dijaga. Bagi menjamin kualiti percutian sekeluarga, buatlah jadual percutian. Rancanglah dengan teliti di mana destinasi yang mahu dikunjungi serta apa aktiviti yang boleh dibuat. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan merasa bosan.
Pastikan pelan yang dirangka melibatkan mereka juga. Jangan sesekali mementingkan diri dan hanya merancang percutian untuk kita dan pasangan sahaja. Tujuan percutian bersama keluarga adalah untuk menikmatinya bersama-sama, bukan hanya kita yang berseronok.
BAWA ‘TOYS’ DAN BUKU
Jangan lupa untuk membawa buku atau permainan anak-anak. Cara begini akan dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan terutamanya ketika di dalam perjalanan untuk ke sesuatu tempat. Selain itu, membawa buku dan permainan mereka juga boleh menjadi aktiviti alternatif sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini seperti hujan dan sebagainya.
Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ya. Rancanglah percutian anda sekarang. Gunakan tempoh cuti yang panjang ini untuk bersama keluarga dan anak-anak tersayang.
Supplemen yang terbaik untuk si manja...sila baca
Pengedar Shaklee Sri Aman
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
Sunday, December 7, 2014
Wajah-wajah Kesayangan Saya.
Inilah wajah-wajah kesayangan saya.
Ibu Bapa Saya |
Keluarga Saya |
Tiada yang lebih membahagiakan saya melainkan berada di samping keluarga saya yang tersayang dalam keadaan susah atau senang, suka ataupun duka. Apa yang saya usahakan selama ini adalah khas untuk mereka. Memberikan mereka kehidupan yang lebih baik adalah impian hidup saya.
Labels:
CORAT CORET
I am an Independent Shaklee Distributor at Sri Aman, Sarawak.
Any urgent order feel free to contact me at:
0194675097
Salam Sayang,
Emy Lea
FAQ Tentang Healing Crisis.
Pernahkah tak alami perubahan pada badan kita jika kita baru mengamalkan supplemen? Kadang-kadang kita rasa panas, tumbuh jerawat, pening-pening atau loya? Itu bukan reaksi alahan atau allergik. Itu mungkin adalah krisis penyembuhan. Berikut beberapa perkara tentang krisis yang kita patut tahu.
S: Apakah krisis penyembuhan?
A: Krisis penyembuhan adalah apabila badan menjalani tempoh sengit untuk membersih dan membina semula. Semasa proses penyembuhan, badan akan mula untuk membuang sisa-sisa toksik yang telah terkumpul bertahun-tahun lamanya di dalam badan. Semasa proses penyingkiran toksik ini berlaku, badan kita akan mengalami beberapa tanda-tanda gejala dan berasa tidak selesa. Dan, inilah yang dikatakan sebagai krisis penyembuhan. Dalam falsafah Perubatan Cina, penyembuhan benar-benar berlaku apabila ianya didahului oleh krisis penyembuhan.
Q: Mengapa krisis penyembuhan ini berlaku selepas pengambilan suplemen kesihatan?
A: Menurut Professor Yoshio Niwa(pakar dalam pemakanan molekul) apabila kita menambahkan pengambilan nutrien kami, nutrien akan bertindak balas dengan oksigen dalam badan. Dan tindak balas inilah yang menggalakkan dan merangsang organ badan untuk melakukan pembersihan, menghapuskan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, mengimbangkan dan lain-lain Sebagai contoh, anda mungkin akan mengalami ruam kulit,berlaku lebih banyak pergerakan usus, dan ini adalah tanda badan akan melalui detoksifikasi sengit.
S: Adakah krisis penyembuhan membawa petanda yang baik?
A: Ya. Krisis penyembuhan adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau makanan tambahan yang anda ambil itu berkesan. Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa gejala yang mereka dapat itu adalah petanda badan tidak serasi dengan supplemen yang mereka ambil,tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia adalah benar-benar satu petanda yang baik proses penyembuhan sebenar sedang berlaku. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku pada orang yang sihat sahaja kerana ia menunjukkan bahawa kecergasan anda masih cukup kuat untuk mewujudkan tindak balas pada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walau bagaimanapun, apabila tiada berlaku krisis penyembuhan, ia mungkin kerana sama ada orang itu ialah bebas toksin dan kesihatan badannya pada tahap optimum, atau badan dia sudah terlalu lemah dan tidak berupaya untuk melalui proses penyembuhan.
Q: Adakah semua orang akan mengalami tanda-tanda dan gejala krisis penyembuhan yang sama?
J: Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang akan mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas mengambil makanan tambahan. Ada yang akan mengalami krisis penyambuhan selepas satu atau dua bulan pengambilan supplemen. Tahap krisis penyembuhan juga berbeza dikalangan individu. Jika sistem badan yang lebih bertoksik, maka krisis penyembuhan lebih teruk akan berlaku.
S: Secara umumnya, berapa lamakah krisis penyembuhan akan berakhir?
A: Ia adalah bergantung kepada tahap kesihatan individu. Ia mungkin akan mengambil masa selama 2-3 hari atau bulan.
S: Ramai orang memberitahu bahawa mereka berasa lebih baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi Saya pula berbeza. Saya telah mengamalkan makanan tambahan untuk seketika, dan saya tidak nampak apa-apa perbezaan pada diri saya, mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1 hingga 2 bulan ke atas setelah pengambilan vitamin C, anda harus berasa beberapa perubahan (seperti meningkatkan tenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll) Jika anda tidak melihat sebarang peningkatan, penjelasan yang mungkin adalah:
1.Tidak konsisten dengan supplemen yang anda ambil.
2.Tidak mematuhi dos yang dicadangkan.
3.Takut akan mengalami krisis penyembuhan yang teruk jadi pengambilan supplemen pun dihentikan dengan serta-merta
4.Diet dan gaya hidup yang tidak sihat
5.Penghidap penyakit kronik akan memerlukan lebih masa untuk sembuh
6.Keadaan yang kronik
Rujukan: Dr Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Subscribe to:
Posts (Atom)