10 Tanda Awal Penyakit Kencing Manis
1. Bacaan paras gula dalam darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa paras gula di dalam darah adalah dengan menjalani ujian yang dibuat oleh doktor. Bacaan gula di dalam darah selalunya akan meningkat setiap kali selepas kita makan. Walau bagaimanapun, paras gula yang tinggi secara berterusan di sepanjang hari adalah tidak normal.
2. Kerap berasa dahaga dan kerap kencing pada waktu malam.
Jika anda kerap berasa dahaga dan kerap ke bilik air pada waktu malam, anda wajar mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital. Ini mungkin disebabkan kadar glukosa yang tinggi di dalam darah telah menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan lebihan gula tersebut. Ini akan menyebabkan anda kerap berkencing pada waktu malam. Dan, apabila badan telah kehilangan banyak air, ia akan mendorong kita berasa dahaga.
3. Penurunan Berat Badan Secara Mengejut
Paras gula yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan berat badan dengan cepat iaitu di sekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin akan berasa gembira dengan penurunan berat baan ini tetapi awas, ini mungkin bukan kehilangan berat badan yang sihat.
4. Sentiasa berasa lapar
Penghidap kencing manis selalunya sentiasa berasa lapar keranan insulin mereka tidak bertindakbalas dengan glukosa seperti yang sepatutnya akan menyebabkan tahap gula di dalam darah akan turun dengan mendadak. Apabila tahap gula ini turun, badan akan mentafsirkan bahawa anda sedang kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.
5. Luka lambat sembuh
Ini merupakan tanda awal paling jelas bagi penghidap penyakit kencing manis. Keadaan ini berlaku kerana saluran darah telah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan yang bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.
6. Keletihan dan panas baran
Keletihan adalah disebabkan oleh usaha tambahan badan untuk mengimbangi kekurangan glukosa. Kerap pergi ke bilik air pada waktu malam juga boleh membuat anda letih kerana tidur yang tidak mencukupi pada waktu malam. Dan, sememangnya, keletihan dan tidak cukup tidur akan mempengaruhi mood seseorang.
7. Mengalami jangkitan kulat.
Diabetes melemahkan imunisasi pesakit. Justeru, amat mudah untuk pesakit diabetis(wanita) untuk mendapat jangkitan terutamanya jangkitan yis (candida) pada faraj atau jangkitan kulat yang lain.
8. Penglihatan menjadi kabur.
Kadar glukosa yang tinggi di dalam darah boleh mengubah bentuk kanta dan mata sehinga menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Walau bagaimanapun, masalah penglihatan ini hanya sementara sahaja. Ia akan kembali normal apabila tahap gula dalam darah juga telah kembali normal. Tetapi, jika dibiarkan dalam tempoh yan panjang, ia boleh mendatangkan kerosakan kekal dan mungkin juga buta.
9. Rasa kebas pada tangan dan kaki
Rasa kebas, kesemutan, kesakitan dan bengkak pada kaki dan tangan mungkin juga menandakan bahawa anda menghidap kencing manis. Ini kerana, mungkin saraf-saraf anda telah dirosakkan oleh kencing manis. Jika dibiarkan berlarutan, kerosakkan saraf yang kekal akan berlaku.
10. Masalah kulit
Masalah kulit seperti acanthosis nigricans mungkin menunjukkan tanda bahawa anda menghidap kencing manis. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap adalah satu keadaan yang menandakan bahawa seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula di dalam mungkin tidak begitu tinggi.
Jika anda perhatikan bahawa anda mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda tersebut di atas, adalah lebih baik anda terus mendapatkan pemeriksaan dari doktor. Ingatlah, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Ingin mengawal paras gula di dalam darah? Sila baca...
Ingin mengawal paras gula di dalam darah? Sila baca...
Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk atau keahlian, sila hubungi;
Pengedar Shaklee Sri Aman
No comments:
Post a Comment