nuffnang

Friday, November 7, 2014

4 Jenis Gemuk Yang Wajib Anda Tahu

4 Jenis Kegemukan Yang Wajib Anda Tahu.

 by  Leave a Comment


Gemuk???
Apa yang anda tahu tentang gemuk?
Apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada ideal weight, kita akan dikategorikan dalam keadaaan gemuk. Contohnya, jika ideal weight kita sepatutnya adalah 60kg, tetapi berat badan sebenar kita adalah 75kg. Maka, kita sudah termasuk di dalam kategori orang yang gemuk. Label yang boleh membuatkan kita jadi stress. Dan, mulalah kita pasang niat untuk kuruskan badan. Tetapi, sebelum anda bertindak mengambil langkah untuk menguruskan badan, kita mesti kenali terlebih dahulu jenis-jenis kegemukan yang mungkin kita hadapi. Bila dah tahu jenis gemuk yang mana satu, baru senang kita merangka untuk menguruskan badan. Jika tidak, segala perancangan dan usaha kita untuk kuruskan badan mungkin sia-sia sahaja.

Secara umumnya, gemuk terbahagi kepada 4 jenis.
1- Gemuk Air
Punca : Disebabkan badan menyimpan sejumlah kapasiti air yang tidak diperlukan oleh badan.
Ciri- ciri fizikal : Badan menjadi menggelembir dan lembik. Jika dipicit akan kulit akan terasa lembik umpama kita memicit belon yang berisi air.
Cepat berasa letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Terdapat perbezaan ketara(perubahan 1-2 kg kurang atau lebih) jika menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam.
Biasanya berlaku di kalangan anak-anak gadis yang baru berkahwin ataupun ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Gemuk jenis ini selalunya tidak susah untuk disingirkan.

2- Gemuk Angin

Punca : Banyak angin dalam badan.
Ciri-ciri fizikal : Lebih kurang sama macam gemuk air, badan terasa lembik bila dipicit. Selalu sendawa, perut selalu terasa sebu, mudah berasa pening, loya dan kerap berkentut.
Gemk jenis ini juga tidak susah untuk disingkirkan.


3- Gemuk Lemak
Punca : Banyak lemak di dalam badan.
Ciri-ciri fizikal : Badan terasa agak pejal, umpama kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon dan picit belon tersebut. Orang yang menghadapi gemuk jenis ini selalunya memiliki bentuk badan jenis bentuk epal.
Gemuk jenis ini hanya boleh disingkirkan jika kita boleh menyingkirkan lemak berlebihan dari dalam badan.

Bentuk Epal vs. Bentuk Pear
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

4- Gemuk Daging

Punca : Diet yang tidak seimbang, lebih suka makan daging. Gemuk daging juga boleh terjadi sebab masalah kegemukan yang telah terlalu lama dibiarkan contohnya dari kecil lagi sudah tembam.
Ciri-ciri fizikal : Badan terasa berat dan pejal. Jika anda genggam lengan, akan erasa solid dan pejal serta tidak menggeleber.
Gemuk jenis ini agak sukar untuk dipulihkan kerana lemak sudah bergumpal dengan daging.

Setelah anda ketahui jenis kegemukan yang anda hadapi, maka lebih mudah anda untuk merancang langkah yang perlu untuk menguruskan badan.

Dapatkan tips diet dan tips untuk kurus anda di sini!

Apa juga jenis gemuk yang anda hadapi, saya percaya dengan semangat dan usaha anda pasti boleh menurukan berat badan anda. Semoga berjaya!

pengedar shaklee sri aman
Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

No comments:

Post a Comment