nuffnang

Friday, November 21, 2014

Cara Semulajadi Untuk Mengatasi Selsema Dan Batuk Bayi

Sekarang ni musim demam, selsema dan batuk. Di mana-mana saya dengar ibu-ibu mengadu anak-anak mereka batuk dan selsema...termasuklah anak-anak saya. Yang paling merisaukan kita sebagai ibu adalah apabila anak kita yang masih bayi ikut sama jatuh sakit. Sebagai ibu kita dilemma samada hendak memberikan ubat kepada anak-anak terutamanya yang masih bayi tu ataupun mencari alternatif lain untuk merawat batuk dan selsema anak-anak. Di sini saya berikan beberapa tips untuk mengatasi masalah bayi dan anak-anak batuk dan selsema secara semulajadi. Rawatan secara semulajadi ini walaupun lambat menunjukkan kesan tetapi tiada kesan sampingan dan sememangnya selamat untuk bayi dan anak-anak kita. Semoga memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana.
pengedar shaklee sri aman

1) Kawal pemakanan anak-anak dan bayi.
Kita sebagai ibu perlu tahu beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh anak-anak dan bayi kita apabila mereka selsema dan batuk. Kalau boleh elakkan semua jenis makanan yang berminyak, berlemak dan manis. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Banyakkan makan protein especially bahagian tengah ayam ataupun buatkan sup kaki ayam dan sup tulang ayam yang dicampur sedikit halia dan direnihkan selama 18 jam...

pengedar shaklee sri aman

2) Petua tradisional
Emak kita zaman dulu-dulu menggunakan petua tradisional. Pilihan utama mereka adalah menggunakan bawang putih kerana bawang putih mempunyai fungsi antibiotik semulajadi. Saya masih ingat lagi sewaktu saya masih kanak-kanak, jika saya mengalami sakit perut, mak saya akan menumbuk sedikit bawang putih, dicampur dengan minyak masak dan dilumur serta diurut lembut pada perut dan belakang saya. Di sini saya kongsikan apa lagi yang kita boleh buat dengan bawang putih

a) Petua Garlic socks
Pakaikan bayi anda dengan stokin yang jenis berlubang-lubang .Kemudian pakai lagi sehelai stokin dengan memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Gunakan separuh je bawang putih tu pun ok. Jangan lupa buat test dulu takut bayi tak tahan panas. Jika bayi tak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih. Bagi anak-anak yang dah besar sikit kita boleh lekatkan bawang putih yang sudah ditumbuk pada tapak kaki dia dengan menggunakan handyplast. Jangan hairan jika nafas mereka akan berbau sedikit bawang putih. Ini kerana bawang putih telah diserap ke dalam tubuh badan mereka dan bertindak sebagai antibiotik.

b) Minyak bawang putih
Bakar beberapa ulas bawang putih sehingga kulitnya berubah menjadi warna hitam terbakar. Kemudian lenyekkan di dalam mangkuk kecil dengan campuran minyak zaitun atau minyak kelapa. Sapukan minyak ini di dada ataupun di kaki anak-anak atau ketika batuk dan selsema.

pengedar shaklee sri aman
Credit picture : jomhealthywithme.blogspot.com

c) Petua bawang merah
Potongkan bawang merah kepada 2 bahagian dan letakkan di tepi bantal anak-anak atau bayi semasa mereka tidur malam. Buat selama 3 malam berturut-turut. Dipercayai bawang merah ini akan menyerap semua virus yang ada di udara. Sebab itu jangan gunakan bawang yang sudah terdedah ini untuk memasak ye..

3) Pengambilan supplemen.
Semasa anak-anak saya selsema dan batuk hari tu, saya memberikan mereka sebiji omega guard sehari. Antara fungsi omega guard ini adalah :
  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
pengedar shaklee sri aman

Bukan menjadi rahsia laggi bahawa omega 3 ini sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak kita agar lebih cerdas. Bagi anak-anak yang belum pandai menelan atau mengunyah, boleh pecahkan omega guard ini untuk dicampurkan di dalam susu atau sup yang mereka minum.

Jika anda ingin mencari supplemen yang sesuai untuk seisi keluarga, sila hubungi saya,

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu




2 comments:

  1. Replies
    1. Ya sis nusha..ada banyak petua yang ibu bapa kita amalkan dulu-dulu..tetapi kalau berlarutan sakit tu..mesti bawa ke hospital ye..

      Delete