Omega Guard
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula amat penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang lebih baik samada di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan antara neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik. Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi dan bersama-sama dengan nutrien otak lain yang tidak kurang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam membantu pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi pula mendorong keupayaan lebih baik di dalam pembelajaran dan ingatan. Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran berbahasa lebih pantas pula merupakan salah satu asas penting untuk pendidikan masa depan.
Chewable Vita-C Plus
Vitamin C berperanan penting di dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi badan serta penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat sekaligus menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan. Chewable Vita-C memberikan khasiat Vitamin C yang setara dengan sebiji setengah buah oren yang berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Ia ideal untuk kanak-kanak yang belum dapat menelan tablet. Chewable Vita-C ini juga tidak mengandungi sebarang perasa atau pewarna tiruan.
Mealshake
Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting sebagai asas nutrien penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja agar kekal sihat dan kuat. Mealshake juga merupakan sumber serat dan protein yang bagus. Mealshake juga kaya dengan sumber kalsium dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kanak-kanak yang lasak dan sentiasa berlari aktif tidak akan punya masa untuk duduk diam dan menikmati makanan yang seimbang. Sebab itu kanak-kanak memerlukan makanan segera yang baik untuk mereka iaitu makanan segera yang rendah lemak dan juga rendah glisemik.
Apabila anak-anak kita sihat, bijak dan ceria, kita sebagai ibu juga akan turut merasa gembira. Rupa paras mereka kita boleh touch-up kemudian, yang penting pembesaran mereka seiring dengan daya pemikiran yang bijak.
Jika ingin membeli Set Khas Untuk Kanak-kanak ini secara online, sila klik :
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri Aman
No comments:
Post a Comment