nuffnang

Thursday, July 2, 2015

6 Tips Atasi Bibir Kering Dan Merekah

Sejak 3 minggu yang lepas, cuaca terasa amat panas membahang. Selain panas terik yang begitu menyakitkan mata, bibir juga terasa kering. Bagi saya, bibir yang terasa kering ini menunjukkan bahawa saya kekurangan air. Walau bagaimanapun, di bawah cuaca panas terik ini, minum air yang banyak pun bibir masih terasa kering.
Masalah bibir kering ini akan menjadi bertambah teruk apabila kita tersenyum atau ketawa. Ini akan menjadikan bibir menjadi luka dan pedih. Ini saya kongsikan beberapa tips untuk atasi bibir kering dan merekah akibat cuaca panas.

1. Gunakan lip balm - sebelum kita keluar dari rumah dan terdedah kepada cuaca panas, sapu lip balm pada bibir anda. Malahan..anda boleh sapu lip balm seberapa kerap yang perlu terutama setiap kali lepas minum, makan ataupun selepas mengelap bibir. Gunakan lip balm yang ada mengandungi sunscreen.

2. Gunakan lipstick - lipstick yang berkualiti tinggi boleh menolong menjaga kesihatan bibir anda. Malahan seorang doktor di Amerika mendapati bahawa sepanjang 14 tahun beliau berkhidmat sebagai doktor, beliau hanya pernah merawat 2 orang wanita yang menghidapi kanser mulut berbanding lebih beratus lelaki yang mendapat kanser mulut.

3. Vitamin B-Complex - kekurangan nutrient di dalam badan seperti Vitamin B Complex juga boleh menjadi punca bibir mudah kering dan merekah di bawah cuaca panas. Jadi rajin-rajinkanlah diri menelan vitamin setiap hari ye.

4. Minum Air Yang Cukup - Minum air yang mencukupi menolong melembabkan bibir dari dalam. Minumlah segelas air setiap selang satu atau dua jam.

5. Elakkan daripada membasahkan bibir dengan air liur - Ini menyebabkan bibir akan menjadi lebih kering sebaik air liur tu tersejat. Enzim penghadam yang terdapat pada air liur akan menjadikan bibir kering dan merekah menjadi bertambah teruk.

6. Gunakan minyak semulajadi - jika berada di luar rumah dan tidak membawa bersama lip balm, boleh letak jari anda pada bahagian hidung yang berminyak tu dan sapu kesan minyak tu pada bibir yang kering akibat cuaca panas.

Okey..selamat mencuba ya!

Jika anda tercari-cari vitamin untuk anda sekeluarga, boleh hubungi saya Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment