Sebagai ibu dan isteri yang berkerjaya, saya
memerlukan kekuatan yang ekstra dari segi mental dan fizikal. Keadaan rumah
yang berselerak dan perangai anak-anak yang masing-masingnya inginkan perhatian
dari saya setelah seharian berpisah amat-amatlah mencabar kesabaran emosi saya.
Di sekolah pula, saya selalu berhadapan dengan para pelajar-pelajar yang punya
seribu satu macam ragam. Silap-silap boleh sakit mental dibuatnya. Apabila
emosi dalam keadaan terganggu, ini boleh
mendorong kita bertindak ke arah yang tidak
kita inginkan. Malahan juga, kita mungkin melakukan sesuatu yang membuatkan
kita menyesal seumur. Jadi, sebaiknya tanganilah masalah emosi kita tu sebelum
kita melakukan sesuatu perkara yang bakal kita kesali.
Okey, jadi macamana kita boleh kawal emosi kita? Ada beberapa cara yang kita boleh usahakan untuk mengawal emosi kita. Salah satu daripadanya adalah dengan membekalkan badan kita dengan Vitamin B yang secukupnya.
Kenapa Vitamin B dan apa pula manfaat Vitamin B ini? Secara saintifiknya, Vitamin B membantu mengawal depressi dan gementar dengan menguruskan fungsi neurotransmitter (penyampai semulajadi di alam otak yang mengawal mood dan emosi). Vitamin B ini juga tidak dapat disimpan lama di dalam badan kerana ianya mudah termusnah akibat pengambilan kafein, alcohol, nikotin dan juga jika badan kita terdedah pada suhu yang tinggi. Jadi amatlah perlu kita amalkan pengambilan Vitamin B setiap hari. Bagi saya pula, sudah semestinya pilihan vitamin saya adalah Vitamin B-Complex Shaklee. Tidak lengkap rasanya hidup saya jika dalam sehari tu saya tak telan sekurang-kurangnya sebiji Vitamin B-Complex Shaklee.
Kenapa pula Vitamin
B-Complex Shaklee yang jadi pilihan saya? Apa istimewanya jenama Shaklee ni?
Okey, meh saya nak ceritakan pula apa istimewanya Vitamin B-Complex Shaklee ni.
Shaklee ni bukan jenama yang wujud dua atau tiga tahun yang lepas. Jenama ni
sudah wujud lebih dari 50 tahun dahulu di Amerika Syarikat. Jenama ini amatlah
mementingkan kualiti tinggi setiap produk yang dikeluarkannya. Vitamin
B-Complex Shaklee ni ada mengandungi ciri-ciri penting lain yang mungkin tidak
terdapat di dalam Vitamin B-Complex jenama lain.
Vitamin B-Complex Shaklee mengandungi semua jenis Vitamin yang diperlukan oleh badan kita manusia seperti Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vtamin B6, Vitamin B9 (asid folic) dan Vitamin B12. Kesemua jenis vitamin B ini sangat penting untuk kesihatan badan kita. Mari saya senaraikan kepentingan atau fungsi setiap Vitamin B tersebut.
Vitamin B1 – menggalakkan pertumbuhan, merangsang fungsi otak, membantu kesihatan system saraf, mencegah kelesuan,, meningkatkan stamina, membantu system pencernaan dan juga metabolisme badan.
Vitamin B2 –
Memproses asid amino dan lemak serta juga membantu mengaktifkan Vitamin B6 dan
asid folic.
Vitamin B3 –
Membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah dan pengaliran kolesterol di
dalam darah, membantu kesihatan kulit yang baik dan membantu pencernaan. Kajian
klinikal membuktikn kadar Vitamin B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan
seterusnya meninggikan kadar risiko untuk menjadikan seseorang itu sakit
mental.
Vitamin B5 –
Membantu mengurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Ia juga membantu
mengurangkan penuaan pramatang.
Vitamin B6 – Vitamin
utama dalam memproses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana
ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
Vitamin B9 –
Bergabung dengan Vitamin B12, Vitamin B9 ini membantu fungsi neurotransmitter
selain membantu mengurangkan depresi di dalam badan.
Vitamin B12 –
Mengawal kesihatan system saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan
B12 akan menyebabkan depresi dan tidak tenteram.
Berminat untuk
mencuba Vitamin B-Complex Shaklee, anda boleh hubungi saya melalui talian 0194675097.
Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment