nuffnang

Sunday, July 12, 2015

Resepi Kek Cheese Simple - Nutella Cheesecake

Hujung minggu macam ni, salah satu hobi saya adalah surf internet untuk mencari resepi yang ringkas dan mudah. Saya ni memang jenis yang tak suka benda-benda yang complicated untuk dibuat. So, cari punya cari, saya terjumpa resepi ini. Jom kita sesama cuba nanti ya..


Nutella Cheesecake

Bahan-bahan:


  • 250g biskut
  • 100g butter
  • 400g Nutella 
  • 500g  cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus


Cara-cara membuatnya:


  1. Gaul butter  dan sesudu Nutella.
  2. Hancurkan atau blenderkan biskut sehingga halus kemudian campurkan dengan campuran butter dan Nutella tadi. Gaulkan dengan sebati dan dengan menggunakan sudu ratakan campuran ini tadi di dalam bekas yang sudah disapu butter. Tekan padat campuran ini dengan menggunakan sudu atau tangan dan biarkan seketika di dalam fridge.
  3. Di dalam bekas yang lain pula, pukul cream cheese dengan gula dan campur dengan baki Nutella. Pukul hingga sebati. Masukkan campuran ini ke atas campuran biskut tadi. Biarkan sejuk di dalam fridge dan hidangkan.
Mudahkan..? Selamat mencuba.

Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga, sila hubungi saya Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment