nuffnang

Saturday, July 11, 2015

Cara Hilangkan Perut Kembung Bayi

Sebagai seorang ibu  amatlah merunsingan jika bayi mengalami kembung perut. Bayi yang kembung perut akan meragam dan moody yang berpanjangan. Walau bagaimanapun masalah kembung perut pada bayi adalah sesuatu yang biasa berlaku terutamanya pada bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan. Ini adalah kerana ruang abdomen bayi adalah lebih kecil berbanding saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa dan pundi kencing) dan akan menyebabkan abdomen bayi seolah-olah kembung walaupun pada hakikatnya itu adalah normal.


Biasanya masalah kembung perut bayi ini juga dikaitkan dengan 'colic' di mana bayi akan menangis selama beberapa jam dan kelihatan tidak selesa tanpa sebab yang nyata. Walau bagaimanapun, bayi akan kembali normal selepas itu dan keadaan ini boleh berulang beberapa kali seminggu. Dan, semakin bayi itu membesar, semakin kurang keadaan ini berlaku. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu terlalu gelisah apabila perkara ini berlaku ke atas bayi anda.


Ada beberapa sebab yang menjadi punca bayi kembung perut.

1. Cara menyusu dengan botol yang tidak betul - cara memegang botol susu yang terlalu condong dan  saiz lubang puting susu yang terlalu kecil boleh menyebabkan bayi tertelan banyak udara dan akan menyebabkan perut bayi kembung. Bayi juga perlu disendawakan selepas menyusu untuk mengeluarkan angin yang mereka telan semasa menyusu.


2. Bayi yang terlalu kerap menangis dan terlalu aktif (overstimulation) juga boleh menyebabkan mereka kembung perut.

3. Penghadaman susu yang tidak sesuai pada bayi akan menghasilkan banyak gas.

Namun begitu, sebagai ibu bapa, ada beberapa perkara yang kita perlu perhatikan pada bayi yang mengalami perut kembung. Perut bayi yang kembung sepatutnya terasa lembut bila kita urut perlahan. Jika perut bayi terasa sangat kembung dan keras, berkemungkinan besar bayi tersebut mengalami masalah usus.

Pemeriksaan teliti daripada doktor adalah diperlukan untuk mengesan masalah-masalah berikut :

1. Masalah usus tersumbat atau terbelit - bayi juga selalu muntah dan tidak buang air besar atau berkentut untuk suatu jangka masa yang agak panjang.

2. Masalah usus besar tidak berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung's disease) - bayi juga mengalami sembelit.

3. Alahan susu - bayi mungkin menghadapi alahan susu lembu ataupun lakstosa - bayi mungkin akan kembung perut dan cirit-birit. Berat badan bayi mungkin tidak akan naik dan juga mungkin akan alami dehidrasi. Oleh itu, susu formula khas yang sesuai perlu segera dicari untuk bayi ini.

4. Masalah organ lain - jika organ lain seperti limpa atau hati yang bengkak, masalah buah pinggang atau saluran air kencing juga boleh menyebabkan abdomen bayi kelihatan kembung.

Cara-cara menenangkan bayi yang 'colic':

1. Dukung bayi ketika ia menangis. Cuba tenangkan bayi di dalam bilik supaya bayi tenang dan tidak terganggu. Setelah bayi mulai tenang, bedungkan bayi dan letakkan bayi di dalam baby kot dengan posisi yang selesa. Pastikan bilik hanya ada cahaya malap dan sunyi.

2. Atas nasihat doktor, ibu boleh memberikan bayi ubat 'simeticone drops' yang dicampur di dalam susu. Ubat ini menolong membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu.

3. Cara tradisional - sapu minyak essential oil pada perut bayi. Urut dengan lembut dan perlahan. Pengalaman saya di dalam membesarkan empat orang anak saya, saya sapu minyak pati gamat yang dicampur dengan minyak kelapa pada perut, ubun-ubun, belakang dan tapak kaki anak-anak saya setiap kali selepas mereka mandi. Syukur pada Tuhan, anak-anak saya tidak pernah alami kembung perut.

4. Tukar susu formula bayi anda jika anda syaki bayi anda ada alahan pada susu formula yang sedia ada.

Kesimpulan

Sekiranya bayi anda membesar dan aktif serta berselera seperti biasa walaupun alami perut kembung, si ibu tidak perlu risau kerana ia adalah kembung perut yang normal dan akan hilang apabila bayi makin membesar.

Namun begitu, amat penting untuk memastikan bayi supaya tidak terlewat menerima rawatan doktor jika anda syaki perut kembung bayi anda berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.

Tanda-tanda yang perlu si ibu risaukan adalah apabila bayi anda mulai susut berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, berak berdarah dan perut kembung serta mengeras, bayi juga menjadi sangat lemah dan tidak sihat.


Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga, sila hubungi saya Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee aktif di Sri Aman dan kawasan sekitar.



No comments:

Post a Comment