nuffnang

Wednesday, July 15, 2015

13 Kebaikan Bawang Putih

Biasanya kita kenal bawang putih hanya sebagai salah satu bahan untuk memasak sahaja. Saya pula menjadikan bawang putih sebagai salah satu bahan wajib ketika memasak. Tak kira la untuk menumis sayur ataupun masak sup. Saya sangat suka menggunakan bawang putih ketika memasak sup ayam. Biasanya bawang putih tu saya tak kupas, cuci dan masukkan terus ke dalam sup ayam.


Tetapi, kali ini saya bukan nak berkongsi resepi ayam masak sup. Nanti lain kali saya kongsikan di sini resepi Sup Ayam favourite anak-anak saya. Kali ini saya nak kongsi tentang kebaikan bawang putih selain fungsinya sbagai menambah perassa masakan.

Tahukah anda bawang putih ada banyak kebaikan untuk kesihatan? Jom kita lihat satu persatu ya..

1. Antibakteria
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria nya. Ia boleh membantu mencegah penyakit berjangkit seperti jangkitan kulat, jangkitan bakteria dan malahan jangkitan cacing. Bawang putih juga dipercayai mampu mengelakkan keracunan makanan yang disebabkan oleh E Coli dan Salmonella Enteritidis.

2. Merawat Jangkitan Kulit
Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih juga berupaya merawat jangkitan kulit sperti ringworm.

3. Mencairkan Darah
Bawang putih juga mempunyai ciri anti gumpalan menjadikannya satu medium sesuai untuk mengelakkan terhasilnya gumpalan darah di dalam badan. Walau bagaimanapun, risiko yang dihadapi penggemar bawang putih adalah pendarahan ketika bersalin ataupun pembedahan.

4. Mengurangkan Tekanan Darah
Allicin, sejenis bahan yang terdapat di dalam bawang putih boleh membantu merendahkan tekanan darah. Polysulphides yang terdapat di dalam bawang putih akan ditukarkan kepada hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen Sulphide ini pula membantu membesarkan salur darah dan menolong mengawal tekanan darah.

5.  Melindungi Jantung
Bawang putih juga boleh melindungi jantng dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Sulfur yang terdapat di dalam bawang putih juga menolong mampu mengelakkan saluran darah daripada tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis (arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal yang terdapat pada bawang putih mengelakkan gumpalan daripada terjadi di dalam salur darah.

6. Merendahkan Paras Kolesterol.
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolesterol dan mengurangkan pembentukan plak arteri.

7. Melawan Allergi
Bawang putih dikenali dengan ciri anti-radang. Diallyl sulphide dan thiacremonone yang terdapat pada bawang putih membantu badan melawan allergi. Jus bawang putih mentah pula boleh menghilangkan gatal pada kulit akibat gigitan serangga.

8. Petua Untuk Masalah Pernafasan
Penggunaan bawang putih secara konsisten boleh mengurangkan risiko jangkitan demam dan selsema. Bawang putih juga berupaya mengurangkan pada bahagian atas saluran pernafasan. Bawang putih juga boleh membantu mengurangkan masalah asma dan masalah pada pernafasan.


9. Diabetes
Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula di dalam badan pesakit diabetes.

10. Berkesan Ke Atas Ketuat
Sapu ekstrak bawang putih ke atas ketuat untuk mengurangkan kesan ketuat.

11. Mengurangkan Risiko Barah
Allyl sulphide yang terdapat pada bawang putih adalah bersifat anti barah Jadi, pengambilan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit barah.

12. Meningkatkan Fungsi Iron
Ferroportin dalam badan sangat membantu penyerapan dan pembebasan iron. Diallyl sulphide pada bawang putih pula membantu penghasilan ferroportin.


13. Sakit Gigi
Letakkan bawang putih yang telah dihancurkan pada gigi yang sakit boleh membantu menghilangkan sakit gigi.

Rupa-rupanya bawang putih ni sangat banyak kebaikkannya. Selama ini saya hanya tahu guna bawang putih di dalam masakan saya sahaja

Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di kawasan Sri Aman (COD) dan seluruh Malaysian (melalui pos).
SMS dan WASSAP ke 019-4675097
FB : Emy Lea


1 comment:

  1. Kalau tak dapat makan bawang putih begitu jak boleh telan bawang putih dlm bentuk pil hehe.... murah jak kan kak emy

    ReplyDelete