nuffnang

Tuesday, October 21, 2014

SENARAI PERSEDIAAN BERSALIN

Semalam genap setahun 4 bulan umur putera bongsu ku, Ethan Wyner Anchih. Walaupun setahun lebih sudah berlalu, segala persiapan bersalin yang berlaku pada 20 Jun 2013 masih segar di ingatan.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Hamil pada usia 38 tahun rupanya lebih mencabar daripada yang saya jangkakan. Pada peringkat awal kehamilan, seperti biasa saya tiada sebarang masalah. Saya bernasib baik kerana tidak mengalami alahan atau "morning sickness" seperti ibu-ibu hamil yang lain. Syukur pada Tuhan, dalam 4 kali kehamilan, saya tidak pernah mengalami muntah-muntah atau alahan. Namun begitu, hamil yang kali ini,badan saya didapati mempunyai kadar gula lebih daripada yang sepatutnya. Oleh kerana itu, saya dinasihatkan agar bersalin pada waktu yang ditetapkan. Saya merancang untuk bersalin di sebuah hospital swasta di Kuching. Seperti biasa, saya mulai menyediakan keperluan bersalin saya mulai dari bulan ke 8 kehamilan. Untuk pengetahuan semua, perjalanan dari Sri Aman ke Kuching mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam. Jadi, persediaan saya dan bayi haruslah mengambil kira jarak perjalanan ini.

Pengedar Shaklee Sri Aman

1. Pakaian
Saya akan menyediakan pakaian saya dan pakaian bayi di dalam 2 buah beg yang berasingan. Untuk diri saya sendiri, saya sediakan :
  • 1 helai kain sarung
  • 1 helai seluar panjang
  • 2 helai T-shirt yang longgar
  • 2 helai baju sejuk
  • 1 pasang snow cap
  • 2 pasang stoking
  • 1 helai tuala mandi
  • 2 helai tuala muka
  • 3 set disposal panties
  • 2 kotak maternity pad
Pengedar Shaklee Sri Aman

Untuk bayi pula :
  • 2 pasang baju dan seluar
  • 3 pasang mitten dan stoking
  • 1 pasang cap
  • 2 helai selimut
  • 4 helai lampin
  • 4 helai lampin pakai buang
  • 1 baby carrier
  • 1 biji bantal kecil

2.  Persediaan dokumen
  • Surat perakuan dari majikan 
  • Kad klinik ibu hamil
  • Kad pengenalan

3. Persediaan lain
  • Sabun mandi
  • Baby bath
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Shampu
  • Sikat rambut
  • Baby wipes
  • Selipar
  • Termos
  • Mug
  • Bekas menyimpan makanan yang bertutup
  • Sudu makan
  • Beberapa pack biskut kraker
  • Beberapa sachet milo @ teh susu @ horlick

Sebelum berangkat ke hospital juga saya memastikan tiada seutas pun barang kemas yang melekat di badan saya. Dan, pada 20 June 2013, saya pun selamat melahirkan baby Ethan Wyner Anchih secara normal (saya sepatutnya di induce pada hari tersebut). Kami anak beranak dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Semoga apa yang saya kongsikan di sini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang sedang berdebar menunggu kelahiran cahaya mata masing-masing. Berdoalah kepada Tuhan, nescaya Dia akan mempermudahkan segala urusan kita. God Bless Us All.



No comments:

Post a Comment