· IBU MENGANDUNG
· IBU YANG MENYUSUKAN BAYI
· JUGA BAYI SERTA KANAK-KANAK
Kenapa DHA perlu untuk ibu yang hamil dan juga untuk kanak-kanak?
DHA dan EPA atau lebih dikenali dengan Omega 3 penting untuk ibu hamil
dan si manja kerana:
·
Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting
(essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon
berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh
kerana itu ia digelar Omega 3.
Ini perlu
diberi PERHATIAN terutamanya kepada IBU YANG MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU.
Apa itu DHA?
·
EPA (eiscosapentaenoic acid)
dan DHA (docosahexaenoic acid) ADALAH
SEJENIS ASID LEMAK omega 3 berantai panjang yang boleh
dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90 % daripada lemak Omega-3 dalam otak, mata, dan
sistem saraf pusat.
Sebab itu DHA
adalah nutrien penting untuk
☑ mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental utk
menyedari dan memahami sesuatu) dan
☑ keupayaan
retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat)
EPA dan DHA
menghasilkan prostaglandin yang
mengatur aktiviti sel dan fungsi kardiovaskular. American Heart Association mencadangkan
makan ikan seperti tuna dan salmon (yang kadar EPA dan DHA-nya tinggi)
setidaknya 2 kali dalam seminggu.
Apa itu Prostaglandins?
Ia adalah
bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A
practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan
prostaglandins antaranya seperti:
·
Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
·
Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
·
Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
·
Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
·
Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Manfaat kepada bayi dan
kanak-kanak
Semasa
hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibunya, berapa banyak DHA yang bayi
dapat bergantung kepada DHA yang ibu ambil. tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi
jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam
vitamin pra-lahir yang mereka ambil. Kajian
menunjukkan ibu mengandung yang
mengambil supplemen DHA akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap
perkembangan bayi dan hasil dari beberapa penelitian ilmiah menunjukkan
kombinasi DHA dan EPA dapat
meningkatkan fungsi kognitif(lebih kepada perkembangan otak iaitu Kemampuan
berfikir dan memberikan rasional,termasuk proses mengingat, menilai, orientasi,
persepsi dan memerhati) dan kemampuan visual (kemampuan mengenalpasti sesuatu)
serta bayi cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi.
Kebaikan utama DHA
Kebaikan
utama dari pengambilan DHA ialah :
· pertumbuhan otak yang cergas.
Oleh itu ia penting dalam proses
pembelajaran.
· pertumbuhan retina mata
(penglihatan) yang baik.
· pertumbuhan saraf-saraf yang
baik.
Kelebihan-kelebihan lain DHA
Pada 8
September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal
perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement
yang boleh mengurangkan risiko penyakit
jantung koronari.
Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:
Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:
- Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
- Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
- Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (aritmia)
- Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
- Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
- Mengurangkan risiko darah beku
- Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
- Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
- Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides(lemak) & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
- Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
- Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
- Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
- Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
- Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
- Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
- Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
- Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
- Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
- Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
- Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu mereka.
- Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
- Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak.
Sumber-sumber EPA dan DHA boleh kita dapati dalam makanan
seperti :
- susu
- ikan jenis laut dalam
- minyak ikan kod (sardin, haring, makarel, salmon)
- daging (otak, hati)
- telur
- kekacang
Walau
bagaimanapun, selalunya keperluan OMEGA 3 tidak mencukupi di dalam diet
seharian kita, jadi kita perlu mengambil suplemen
tambahan OMEGA yang lengkap dengan EPA dan DHA. Pengambilan
minyak ikan (EPA + DHA) juga adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan
risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan
(seperti Cod Liver Oil) semasa
mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang
tidak larut dalam air.
Jika anda ingin membeli produk ini secara online, sila klik :
Sebarang
pertanyaan mengenai produk Shaklee atau keahlian sila hubungi saya:
No comments:
Post a Comment