nuffnang

Thursday, October 30, 2014

Saat-saat Menyambut Kelahiran Pertama : Cerita Saya

Back in 2007, selepas 3 bulan bergelar isteri, saya disahkan hamil dan kandungan saya sudah pun mencecah 8 minggu. Alangkah gembiranya kami suami isteri terutamanya saya apabila menerima berita tersebut memandangkan saya berkahwin ketika umur mencecah angka awal 30-an. Semua ini kerana menurut apa yang saya selalu baca, wanita yang berkahwin ketika berumur seperti saya berkemungkinan besar akan menghadapi isu kesuburan. Syukur kepada Tuhan kerana tidak mendatangkan ujian seperti itu di dalam kehidupan saya.

Pengedar  Shaklee  Sri  Aman

Sepanjang masa kehamilan, saya tidak mengalami alahan atau morning sickness seperti ibu-ibu hamil yang lain. Selera saya pun tidak banyak berubah dan tidak mengidam sesuatu yang pelik-pelik seperti kebanyakan ibu-ibu hamil yang lain. Sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan. Cuma ada satu masalah sedikit, berat badan saya naik dengan begitu perlahan walaupun saya tiada masalah selera makan. Berat badan saya yang biasa adalah 37kg dan berat badan saya sebelum bersalin adalah 47kg sahaja. Pada masa ini saya tidak mengamalkan sebarang supplement melainkan apa yang doktor dihospital bekalkan. Kesedaran saya tentang keperluan supplement pada ibu hamil masih zero ketika itu. Mungkin ini juga disebabkan saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ketika hamil.

Apabila tarikh due saya semakin hampir, saya membuat keputusan untuk bersalin di Hospital Umum Sarawak yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari tempat tinggal saya. Tarikh due saya kebetulan jatuh pada masa cuti sekolah, iatu cuti Hari Raya Aidilfitri. Saya masih ingat saya sempat berziarah ke rumah rakan-rakan muslim pada Hari Raya. Namun begitu, apabila tarikh due itu tiba, saya masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin. Saya masih ingat salah seorang rakan saya menegur saya kerana masih berjalan-jalan di sekitar bandar Sri Aman apabila mengetahui hari tersebut adalah taikh due saya.

Pada awal pagi 18 Oktober 2007 (2 hari selepas tarikh due), seperti biasa, saya bangun pagi dan terus ke tandas, saya dapati ada sedikit kesan lendir bercampur darah pada seluar dalam yang saya pakai. Saya tidak mengalami tanda-tanda mahu bersalin yang lain pada masa itu. Jadi, saya tidak panik. Saya terus mandi seperti biasa dan menyiapkan breakfast kami suami isteri. Selepas breakfast baru saya menelefon bapa (seorang pembantu perubatan di Hospital Bahagian Sri Aman) saya dan memberitahu beliau tentang tanda pada seluar dalam saya. Bapa saya lah yang menasihatkan saya agar terus pergi ke Hospital Sri Aman untuk pemeriksaan lanjut.

Sampai sahaja di hospital, saya diperiksa oleh jururawat bertugas dan beliau memberitahu saya bahawa pintu rahim saya telahpun terbuka sebanyak 1cm. Jadi, doktor bertugas memberitahu saya bahawa masih lama lagi untuk saya bersalin memandangkan saya belum lagi mengalami contraction. Saya diberi pilihan samada untuk tinggal di wad atau balik menunggu sahaja di rumah memandangkan rumah saya dekat dengan hospital. Saya berfikir, lebih baik saya balik menunggu sahaja di rumah. Seorang jururawat yang juga merupakan kenalan ayah saya menyarankan saya terus sahaja ke Hospital Umum Kuching jika saya berniat untuk bersalin di sana. Saranan beliau disokong sepenuhnya oleh bapa saya.

Selepas makan tengahari, kami suami isteri memulakan perjalanan ke bandaraya Kuching. Dan, sewaktu kami memulakan perjalanan, saya sudah mulai mengalami contraction. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 3 jam telah pun berlarutan menjadi 4 jam. Ini kerana, setiap kali kereta melanggar bonggol, contraction saya menjadi makin terasa. Sepanjang perjalanan itu juga saya sentiasa berhubung dengan kakak (seorang midwife di Hospital Umum Kuching) saya dan memaklumkan kepada beliau kekerapan dan selang masa contraction saya. Dalam sedikit panik, saya meneruskan perjalanan sehingga ke Hospital Umum Kuching

Kami sampai di hospital Umum Kuching kira-kira jam 4 petang. Kakak saya sudah sedia menunggu dan terus membawa saya untuk diperiksa oleh jururawat bertugas. Saya diberitahu kali ini bukaan sudah mencecah 3cm. Saya diberitahu bahawa secara teorinya setiap bukaan 1cm mengambil masa 1 jam. Memandangkan masa bersalin dijangka dalam masa 7 jam lagi, kakak saya memohon daripada doktor bertugas untuk membawa saya balik ke rumahnya terlebih dahulu.  Doktor tersebut yang juga kenalan kepada kakak saya memberikan persetujuan dengan syarat kakak saya mesti membawa saya kembali semula ke hospital pada jam 9 malam.

Sesampai sahaja di rumah kakak saya contraction mulai berasa sangat sakit dan bertambah kerap. Namun begitu, saya sempat makan malam dan mandi di rumah kakak saya. Saya masih ingat saya terpaksa berhenti menyuap pada setiap kali contraction. Tepat jam 9 malam, kakak saya sekali lagi menghantar saya ke Hospital Umum Kuching. Pemeriksaan kali ini mendapati bahawa bukaan sudah mencecah 5cm. Saya dimasukkan terus ke Labour Room. Suami saya setia menunggu di luar Labour Ward dan kakak saya balik ke rumah nya.

Pada ketika ini kekerapan contraction berlaku kira-kira selang 15 minit dan sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Namun begitu, saya masih sempat tidur dan terbangun pada setiap contraction. Menjelang tengah malam, contraction makin bertambah kerap dan saya pun mulai tidak dapat tidur. Tepat jam 2.37 pagi pada 19 Oktober 2007, lahirlah puteri sulung kami yang kemudiannya kami namakan dia Eva Winona Edah. Sekali lagi rasa syukur saya panjatkan kepada Tuhan kerana proses kelahiran puteri sulung kami berjalan dengan lancar dan tiada sebarang komplikasi. Kami dibenarkan keluar dari wad pada petang hari yang sama.

pengeddar shaklee sri aman

Hari ini,  puteri sulung kami sudah pun berusia 7 tahun. Dan, kami juga telah dikurniakan dengan 3 lagi cahaya mata. Bagi saya, tiada anugerah yang lebih indah daripada  mempunyai  2 cahaya  mata  perempuan  dan 2 cahaya  mata  lelaki. Thank you Lord.

pengedar shaklee sri aman

Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


1 comment: