nuffnang

Sunday, October 26, 2014

Tips Tambah Susu Badan

Pengedar Shaklee Sri Aman

Tips Untuk Meningkatkan Pengeluaran Susu Badan.
Ibu-ibu yang menyusukan bayi mempunyai kerisauan yang sama, iaitu, mampukah mereka menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak-anak mereka. Di sini saya kongsikan tips untuk meningkatkan pengeluaran susu badan.

1. Relax. Stress boleh menganggu pengeluaran susu badan. Sebelum mengepam susu, ada baiknya anda berasa relax. Anda boleh mengepam susu sambil mendengar muzik atau melihat gambar atau apa jua cara yang boleh mendatangkan kegembiraan pada diri anda. Letakkan kompres panas di atas payudara atau urut sekejap sebelum anda terus mengepam.

2. Biarkan bayi anda menyusu sekerap yang dia mahukan. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu badan yang akan dihasilkan. Ini juga dinamakan konsep “demand and supply”. Kekerapan bayi menyusu sekurang-kurangnya 8 kali dalam 24 jam. Biarkan bayi menyusu bila-bila masa mengikut keperluan nya sendiri supaya susu badan sentiasa terhasil.

Pengedar Shaklee Sri Aman

3. Sekali-sekala, biarkan bayi menyusu dalam keadaan tidak berbaju untuk merangsang “skin-to-skin contact”.  Biarkan bayi anda tidak berbaju dan hanya memakai lampin sahaja. Pastikan belakang bayi diselimuti agar bayi anda tidak kesejukkan. Ia juga boleh membantu agar bayi menyusu lebih lama. Bila bayi menyusu dalam jangkamasa yang lama, ia boleh membantu merangsang penghasilan susu badan yang lebih banyak. 

4. Cubalah “sling feeding”Apabila anda keluar bersama bayi, biasakan diri anda mendukung bayi dengan sling. Dengan ini bayi akan sentiasa dekat dengan sumber susu dia dan ini akan mengalakkan dan menyenangkan dia menyusu pada bila-bila masa dia nak. 

5.  Pastikan bayi anda menyusu pada kedua-dua belah payudara anda dengan kekerapan yang sama. Ini membolehkan kedua-dua belah payudara anda akan menghasilkan bekalan susu yang sama banyak. Tukar posisi bayi anda apabila bayi anda mulai menyusu dengan perlahan. Adalah lebih baik jika bayi menyusu 2 kali pada kedua-dua belah payudara dalam setiap satu sesi penyusuan. Biarkan bayi menyusu sehingga dia berhenti sendiri atau sehingga dia tidur. 

6.  Cubalah “bercuti” bersama bayi anda.  Pilih satu hari untuk bersama bayi anda, hanya bayi dan anda. Bawalah bayi anda berkurung di dalam bilik dan luangkan masa untuk tidur dan menyusukan bayi. Anda juga boleh menggunakan peluang ini untuk berehat daripada rutin harian nda sebagai seorang isteri dan ibu. Biarkan bayi anda menyusu sehingga tidur. Situasi ini juga boleh merangsang pengeluaran susu badan.

Shaklee juga menawarkan supplement khas untuk ibu-ibu yang  breastfeeding. Breastfeeding Set ini menolong ibu-ibu yang menyusu badan  agar sentiasa bertenaga dan tenang serta boleh menggalakkan pengeluaran susu badan. 





Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

No comments:

Post a Comment