nuffnang

Saturday, October 25, 2014

Panduan ringkas menguruskan simpanan EBM

Panduan ringkas menguruskan simpanan EBM

Pengedar Shaklee Sri Aman



Suhu
Tempoh Simpanan
Susu yang baru diperah
Suhu Bilik Ketika Cuaca Panas
80-90°F / 27-32°C
3-4 jam
Suhu Bilik Normal
61-79°F / 16-26°C
4-8 jam
(ideal: 3-4 jam)
Penyejuk Insulasi  / ice packs
59°F / 15°C
24 jam
Susu Yang Disejukbekukan (Disimpan di belakang, jauh dari pintu)
Refrigerator (susu segar)
32-39°F / 0-4°C
3-8 hari
(ideal: 72 jam)
Refrigerator (susu yang telah dicairkan)
32-39°F / 0-4°C
24 jam
Susu Yang Telah Disejukbeku  (Jangan disejukbekukan semula! Simpan di belakang sekali,jauh dari pintu peti sejuk)
Freezer yang berada di dalam peti sejuk (peti sejuk yang stail lama)
Pelbagai
2 minggu
Self-contained freezer unit di dalam peti sejuk biasa
<39°F / <4°C
6 bulan
Penyejuk beku yang berasingan
0°F / -18°C
12 bulan
(ideal: 6 bulan)
Panduan ini khas untuk kegunaan penyusuan bayi yang sihat. Jika bayi jatuh sakit atau dimasukkan ke dalam wad, sila berbincang dengan pakar lactasi tentang panduan menyimpan EBM. 
Untuk mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis selepas dicairkan, simpan susu 1 – 4 auns di dalam satu bekas. Pastikan menulis tarikh  pada bekas susu sebelum menyimpan.  Susu perahan dari sesi/hari  yang berlainan boleh digabung dalam satu bekas. Sila tulis tarikh sesi mengepam yang pertama pada bekas. Elakkan untuk mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam bekas yang sudah ada susu sejuk beku. Sejukkan susu berkenaan terlebih dahulu sebelum digabungkan ke dalam bekas yang sudah ada susu sejuk beku.. Susu badan yang diperah tidak mudah basi melainkan jika ia sudah berbau busuk atau berasa masam. 
Untuk mencairkan susu :
§  Cairkan secara perlahan di dalam peti sejuk (cara sebegini akan mengambil masa sehingga 12 jam – jadi letakkan susu yang telah disejukbeku ke dalam bahagian bawah peti sejuk pada malam sebelum anda merancang untuk menggunakannya.) Elakkan susu mencair di luar peti sejuk.
§  Untuk mencairkan susu sejuk beku dengan lebih cepat, pegang bekas di bawah air paip yang sedang mengalir.
§  Susu yang telah dicairkan boleh disimpan di dalam  peti sejuk untuk selama 24 jam slepas dicairkan. Susu yang telah dicairkan TIDAK BOLEH DISEJUKBEKUKAN.
Untuk Memanaskan Susu
Simpan sedikit air panas ke dalam satu bekas,kemudian letakkan susu sejukbeku di dalam air panas tersebut
§  Anda juga boleh menggunakan bottle warmer.
Jangan sekali-kali memanaskan susu yang telah disejukbeku di dalam microwave atau memanaskan di datas dapur. Goncangkan dengan perlahan susu yang telah dicairkan.

Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam satu sesi penyusuan, anda masih boleh menyimpan di dalam peti sejuk untuk selama 1 hingga 2 jam. Jika baki susu tersebut masih tidak dihabiskan dalam masa 2 jam, susu tersebut hendaklah dibuang.
Selamat menyusukan bayi anda !

Pengedar Shaklee Sri Aman

Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

No comments:

Post a Comment