nuffnang

Wednesday, October 15, 2014

Protein dan Kehamilan

Hello semua...terima kasih kerana sudi singgah lagi di blog kesayanganku ini. Kali ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan protein semasa kehamilan.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Perkembangan bayi semasa di dalam kandungan adalah bergantung sepenuhnya kepada sumber dan cara pemakanan si ibu. Justeru, ibu hamil haruslah memastikan diet hariannya berkhasiat dan memenuhi segala keperluan nutrient harian untuk memastikan bayi di dalam kandungan tersebut membesar dengan sihat dan sempurna. Protein adalah salah satu nutrisi asas yang paling penting semasa hamil. Protein bertindak membekalkan asid amino yang diperlukan untuk perkembangan tulang dan otot yang sihat bagi si bayi. Mengambil kadar protein yang cukup semasa hamil sangat penting untuk pembinaan sel-sel baru di dalam plasenta dan tisu maternal serta menggalakkan penghasilan darah yang sihat. Pengambilan protein yang mencukupi juga boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko kematian bayi di dalam kandungan dan kelahiran bayi yang tidak sempurna.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Kesan Kekurangan Protein Semasa Kehamilan
Kekurangan protein pada ibu hamil boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan kepada kedua-dua si ibu dan bayi. Kekurangan protein pada ibu hamil boleh menyebabkan pening kepala dan keletihan melampau apabila melakukan tugas-tugas harian. Bagi bayi pula, kekurangan protein boleh menganggu perkembangan otot-otot dan sendi-sendi bayi. Selain itu, ia juga boleh menganggu perkembangan tulang, kecacatan pada tulang dan otot, risiko keguguran, kerosakan pada otak dan risiko yang tinggi menghadapi kelahiran yang tidak sempurna.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Sumber Protein Yang Sihat Semasa Hamil
Pakar kesihatan mencadangkan supaya ibu hamil mengambil minima 70 grams protein setiap hari dan sumber protein ini boleh dipelbagaikan. Makanan yang mengandungi protein yang tinggi adalah seperti ikan salmon, ayam, telur, mentega kacang, susu soya, kekacang dan juga daging. Supplement seperti minuman protein dan juga snack protein juga boleh membantu wanita hamil mendapat kadar protein yang mereka perlukan. Sumber makanan-makanan seperti ini boleh didapati daripada hasil tenusu atau produk soya.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Sumber Protein Yang Merbahaya Kepada Bayi
Beberapa jenis makanan sumber protein juga perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh mendedahkan ibu hamil kepada risiko keguguran dan kelahiran bayi yang tidak sempurna. Seboleh-bolehnya, elakkan makanan ini di sepanjang masa kehamilan dan sepanjang masa bayi masih breastfeeding. Makanan tersebut adalah ikan mentah, swordfish, jerung dan ikan-ikan lain yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, susu mentah, keju mentah dan daging proses seperti daging deli-style. Walaupun makanan ini mengandungi protein yang tinggi, ia juga berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Jenis-jenis makanan ini adalah lebih baik dielakkan di sepanjang masa kehamilan, berpantang dan breastfeeding.

Kepada ibu-ibu yang hamil, semoga aritikel ini memberi manfaat kepada anda ya.. Dan sudi-sudikanlah meninggalkan komen anda ya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

No comments:

Post a Comment