nuffnang

Wednesday, October 15, 2014

OH MY ESP SHAKLEE!

Hello semua...bersua lagi kita di alam maya ini. Terima kasih saya dahului kerana sudi singgah di blog saya ini. Hari ini saya ingin kongsikan tentang satu produk Shaklee kesukaan ramai dan juga saya.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Ya, saya akui saya agak terlambat mengenali Shaklee. Ketika usia saya menginjak angka 38 tahun, baru saya mula dengan pengambilan supplement. Sebelum itu, saya ada mengambil supplement dari jenama lain tetapi sentiasa on and off kerana saya tidak melihat atau merasa impak yang saya inginkan daripada pengambilan produk tersebut. Contohnya, saya pernah cuba mengambil sejenis teh untuk detox satu jenama popular di Malaysia. Tetapi, apa yang berlaku, saya mengalami sembelit dan seluruh muka saya pula ditumbuhi jerawat! Dan, saya mengambil masa selama hampir 2 tahun untuk menghilangkan kesan jerawat tersebut. Sejak itu, saya sangat berhati-hati dan cerewet di dalam memilih apa jua produk kesihatan yang saya makan dan pakai.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Semasa kehamilan saya yang pertama, saya juga tidak mengambil supplement lain selain yang dibekalkan oleh hospital kerajaan. Dan, saya mulai membeli vitamin di klinik swasta selepas vitamin yang dibekalkan oleh klinik kerajaan menyebabkan saya sembelit di sepanjang masa kehamilan sehingga sepanjang tempoh masa saya berpantang.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Setelah 3 kali hamil barulah saya berkenalan dengan produk Shaklee. Dan, produk pertama yang saya cuba adalah Energising Soy Protein. Mula-mula, saya agak was-was dengan rasanya kerana sebelum ini, produk soya yang saya minum adalah tidak kena dengan selera saya samada dari segi bau atau rasa. Lagipun, sebenarnya saya bukanlah peminat soya. Saya terpaksa minum soya kerana saya hamil! Dan, sebab itulah, untuk sepanjang tempoh kehamilan, saya hanya mampu menghabiskan 1 tin tepung soya sahaja! Tetapi, setelah saya mula minum, saya mampu menghabiskan 1 tin dalam masa sebulan.

Saya sempat minum 2 tin ESP sebelum melahirkan bayi saya (sebab saya mula minum ESP waktu kandungan saya mencecah 8 bulan). Dan, saya meneruskan minum ESP sepanjang tempoh berpantang dan breastfeeding. Saya menyusui semua anak saya sehingga mereka berumur 4 hingga 6 bulan. Saya berhenti menyusui anak-anak saya kerana kerjaya saya sebagai seorang guru menyebabkan saya sentiasa berpeluh semasa bekerja dan ini menyebabkan saya tidak yakin dengan tahap hygenic diri saya sendiri ketika mengepam susu. Oleh kerana tidak mengamalkan konsep demand and supply, air susu badan saya pun semakin berkurangan dan akhirnya kering dengan sendirinya.

Namun begitu, saya tetap meneruskan minum ESP sehingga kini semata-mata kerana saya mulai jatuh cinta dengan rasanya. Dan, yang paling saya suka, kesan daripada minum ESP telah menyebabkan kulit saya semakin cerah, parut jerawat hilang sama sekali dan masalah jeragat saya pun semakin pudar. Kesan lain yang saya rasai selepas minum ESP adalah tenaga saya. Saya berasa tenaga saya tetap tidak berkurangan walaupun saya sentiasa tidak cukup tidur dan makan tidak tentu masa. Kalau dahulu, apabila selepas jam 10.00 pagi, saya akan mulai berasa mengantuk dan asyik menguap di tempat kerja. Tetapi sekarang, saya tidak lagi berasa letih dan mengantuk. Dan, sebab paling utama ESP menjadi produk kesukaan saya adalah kerana saya tidak lagi mengalami gastrik setelah saya minum ESP. Itulah sebab utama nya ESP menjadi kesukaan saya dan ESP telah menjadi minuman wajib saya setiap awal pagi.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Apakah Keistimewaan ESP?
ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap yang berasaskan tumbuhan secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamnya.

Pengedar Shaklee Sri Aman
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
  • Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
  • Membantu, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. 
Jika anda ingin mencuba ESP Shaklee, anda boleh membeli secara online :


Atau..jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, boleh hubungi saya: 

Pengedar Shaklee Sri Aman

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan. 

No comments:

Post a Comment