nuffnang

Thursday, October 2, 2014

PARACETAMOL : MEMUDARATKAN ????


Adakah anda antara individu yang sering mengambil paracetamol apabila berasa kurang sihat?

Jika ya, anda harus berwaspada. Terdapat kajian yang menunjukkan penguna tegar paracetamol mendapat kesan sampingan yang buruk akibat daripada pengambilan yang terlalu kerap. Tetapi, tidak ramai yang mengetahui perihal ini.

Ubat ini juga dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Kebiasaannya, paracetamol diambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi dan sakit belakang. Selain itu, paracetamol boleh digunakan untuk melegakan kesakitan Osteoartritis (artritis yang disebabkan oleh pecahan laspisan sendi).

Secara kasarnya, paracetamol dilihat sebagai satu ubat yang berkesan untuk melegakan pelbagai kesakitan yang dihadapi oleh seseorang. Oleh itu, ramai individu memilih untuk mengmbil paracetamol apabila diserang sakit ringan dan sederhana. Bahkan terdapat beberapa jenis jenama paracetamol yang cukup popular di negara ini.

KESAN BURUK PARACETAMOL

Penyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidaklah begitu berkesan seperti yang diwar-warkan oleh banyak pihak. Lebih menakutkan lagi, ubat ini didapati mempunyai kesan buruk. Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali sebagai 'attention deficit hyperactivity disorder' (ADHD) dan mungkin mengakibatkan masalah buah pinggang serta jantung.

Bukti yang ditemui oleh para pengkaji ini sudah cukup membuatkan pemerhati kesihatan Britain dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan amaran terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit. Perkara ini dilaporkan oleh Mail Online.

Penyelidik di Universiti Sydney telah menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 orang responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira 6 minggu. Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberikan  ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa 17 hari untuk pulih. Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu menjelaskan keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada rawatan sakit belakang.

Lebih berbahaya, kajian awal yang dijalankan di University of Washington melaporkan 'ubat mudah dapat' ini mendatangkan penyakit berupa kanser darah sekiranya diambil secara berterusan untuk jangka masa yang panjang. Seterusnya, jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bahawa bayi yang dilahirkan ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain.

Laporan daripada The Medical Journal of Australia pula melaporkan individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yang lain adalah lebih cenderung untuk menerima kesan toksik paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.

USAH AMBIL TERLALU KERAP

Kebanyakan ahli farmasi dan para doktor masih merumuskan paracetamol adalah selamat untuk diambil sekiraya dalam dos yang betul dan dalam tempoh tertentu sahaja untuk melegakan kesakitan atau sebagai penahan sakit.

Jangan jadikan paracetamol sebagai ubat yang sering kali anda ambil dan telan walaupun ubat ini mudah didapati dengan harga berpatutan. Hal ini kerana pengambilan paracetamol secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan akan mengundang bahaya kepada kesihatan badan anda.

Sekiranya anda berasa sakit yang dialami masih belum lega meskipun sudah mengambil paracetamol dalam cara yang ditetapkan, usahlah memandai-mandai menambah dos sesuka hati. Sebaliknya, berjumpa doktor serta dapatkan nasihat daripda mereka yang bergelar pakar dalam perihal kesihatan.

Secara peribadi pula, saya memang seboleh-bolehnya mengelak daripada mengambil paracetamol sebagai ubat penahan sakit. Hanya jika saya mengalami demam panas, saya akan mengambil paracetamol sebagai alternative terakhir.  Jika saya mengalami migrain atau pening kepala, saya lebih suka mengambil Ostematrix dan Vitamin B Shaklee. Selepas berehat seketika, rasa pening kepala itu akan hilang dengan sendiri nya.



Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

No comments:

Post a Comment