nuffnang

Monday, September 22, 2014

5 Kesalahan Saat Berdiet



5 Kesalahan  Saat Berdiet

Dalam usaha berdiet, kita seringkali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh merosakkan diet plan itu sendiri. Tidak cukup itu, kadang-kadang pula kita sempat berasakan tip yang sering kita lakukan adalah betul dan terbaik untuk diet plan kita. Untuk memperbetulkan keadaan, apa kata kita semak tip-tip yang disenaraikan oleh laman web fitness.com ini. Mungkin kita pernah melakukannya tanpa disedari. 

1.    Memilih jus daripada buah.
Jus sememangnya sering dianggap sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak buah-buahan. Namun sebaiknya, pilihlah buah-buahan segar kerana kandungannya adalah semulajadi. Jus yang biasa di pasaran biasanya sudah ditambah oleh pemanis serta pengawet. Jika terlalu sering menikmatinya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyulitkan  proses penurunan berat badan anda.

2.    Jumlah kalori
Menurut laman web Women24, kesalahan utama di dalam diet yang besar adalah kesilapan mengira jumlah kalori yang terdapat di dalam makanan utama sahaja. Kebiasaanya mereka hanya mengira kandungan kalori yang terdapat di dalam makanan utama sahaja. Sedangkan kalori yang terdapat pada snek yang dinikmati lebih banyak daripada makanan utama yang sering diberi  perhatian.
3.    Banyak Duduk
Terlalu banyak duduk sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan anda. Ia boleh menimbulkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan sebagainya. Mungkin anda perlu meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu membakar lemak di tubuh. Pun begitu, jika pekerjaan utama anda memaksa  untuk anda sering berada di hadapan computer, apa kata cari sedikit waktu untuk berjalan di sekitar ruang kerja.
4.    Focus Jangka Pendek
Kunci utama sukses dalam berdiet adalah gaya hidup yang dipertahankan seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk persiapan bernikah atau sebagainya, maka sukar bagi anda mempertahankan tubuh ideal tersebut. Biasanya apabila impian jangka pendek tersebut tercapai, seseorang biasanya akan membalas dendam dengan menikmati makanan seenaknya.
5.    Kurang Tidur
Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit,  bahkan ia turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang kekurangan waktu tidur, maka tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormone yang merangsang nafsu makan. Hormone tersebut menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Untuk itu, pastikan waktu tidur anda sekurang-kurangnya lapan jam bagi golongan dewasa.


Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda. 

No comments:

Post a Comment