nuffnang

Saturday, September 27, 2014

Kami

Hello semua..! Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang diri kami.


Si Ayah : Anak-anak panggil dia aba. Dia seorang bapa yang tegas dan penyayang. Ada kalanya juga dia ni bersikap sentimental. Saya tahu banyak yang dia korbankan untuk kami anak-beranak. Terima kasih atas segalanya sayang!


Saya : Anak-anak panggil saya mama. Seorang guru, seorang ibu, seorang isteri dan juga SID Shaklee. Saya tegas terhadap anak-anak. Dan, impian saya untuk menyediakan segala-galanya untuk mereka. Dari kecil saya lalui hidup yang susah dan saya tidak mahu anak-anak saya jalani kehidupan yang sama.

Si Kakak : Eva Winona Edah. Kami panggil dia Nona. Dia seorang yang pendiam dari kecil lagi. Tidak terlalu nakal tetapi bila ada kawan yang serasi memang dia akan menjadi sangat aktif. Oh ya..umurnya 7 tahun. Buah cinta pertama kami..yang lahir dalam tahun pertama perkahwinan kami. Si kakak yang sudah pandai menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap adik-adiknya. She'll always be my first love.

Si Abang : Evan Wallace Bunsi. Kami panggil dia Boboi. Umur dia 5 tahun. Seorang yang bersikap sangat aktif dan panas baran. Paling sukar untuk dikawal tetapi dia punya jiwa yang paling sensitif. Selepas kematian datuknya (bapa mertua saya) baru-baru ini, dia sangat menjaga hati nenek (ibu mertua saya). Malahan dia bagi pinjam selimut dia untuk nenek dia bila ibu mertua saya tinggal di rumah saya baru-baru ni.

Si Tengah : Emma Wanda Mayang. Kami panggil dia Emma. Berumur 3 tahun tetapi sangat petah berkata-kata. Periang dan sangat banyak karenah. Seorang gadis kecil yang pandai bergaya..dan kecik-kecik lagi dah tunjukkan high-taste dia.


Si Bongsu : Ethan Wyner Ancheh. Kami panggil dia Etun. Baru berumur 1 tahun 3 bulan. Sangat glamour bila kami sekeluarga keluar kerana kulitnya yang amat cerah (Shaklee Baby la katakan). Manja dan sensitive. Dia masih dalam fasa memerhati perlakuan abang dan kakak-kakak nya yang lain, sebab itu dia tidak terlalu aktif. Ada masanya dia akan duduk bersandar dan memerhati.

Ya..ini adalah cerita tentang cinta hati saya. May God bless my family always. 

No comments:

Post a Comment