Masalah bengkak susu adalah masalah biasa yang akan dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada peringkat awal penyusuan. Sebagai seorang ibu kepada empat orang cahaya mata, saya juga pernah menghadapi masalah yang sama. Lazimnya saya akan berdepan masalah ini pada minggu pertama dan kedua selepas bersalin. Sebenarnya bengkak susu ini berlaku apabila payudara mulai menghasilkan susu dan susu tersebut tidak dikeluarkan secara berkala samada melalui pam ataupun latch on.
Saya juga yakin kebanyakan ibu yang menyusui bayi pasti pernah merasai penangan bengkak susu. Ianya amat menyakitkan jika tidak ditangani dan diatasi dengan sebaiknya.Payu dara terasa bengkak dan amat sakit sehingga terasa sakitnya ke seluruh badan terutamanya bahagian belakang dan bahu. Badan akan terasa seperti hendak demam ditambah lagi dengan kesakitan luka akibat melahirkan yang masih belum sembuh sepenuhnya. Walaupun cuba menyusukan bayi, memicit, tuam dan juga mengurut payu dara, kesakitan dan bengkak susu itu tidak juga dapat hilang dengan segera.

Antara punca atau sebab berlakunya masalah bengkak susu ini ialah:
1) Kurang menyusukan bayi.
2) Bayi tidak pandai menyusu dengan betul/tidak melekap dengan betul.
3) Tiada jadual mengepam susu yang konsisten.
4) Bra atau coli yang terlalu ketat dan tidak selesa.
Antara tips untuk atasi masalah bengkak susu yang boleh anda amalkan ialah:
1) Menyusukan bayi anda secara kerap, seelok-eloknya 2 hingga 3 jam sekali. Jika bayi tidur, seeloknya kejutkan bayi anda untuk menyusukannya. Dan pastikan juga bayi anda menyusu di kedua-dua belah payu dara anda.
2) Sediakan jadual perahan susu ibu yang konsisten iaitu setiap 2 hingga 3 jam sekali walaupun ketika waktu malam!
3) Pastikan bayi anda melekapkan bibir dan mulutnya ke seluruh areola (kawasan sedikit gelap sekitar puting) supaya ia dapat menyusu dengan teknik yang betul.
4) Sewaktu bayi anda sedang menyusu, urut sekeliling bayu dara yang sedang dihisapnya secara perlahan-lahan dari atas ke bawah supaya dapat membantu pengaliran susu dengan lancar.
5) Menurut petua orang-orang tua termasuk mak saya sendiri, masalah bengkak susu boleh juga di atasi dengan cara menyikat payu dara dari atas menghala ke bawah (puting susu). Gunakan sikat ya..sikat rambut yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
6) Tuam bahagian payu dara yang bengkak dengan tuala suam-suam panas.
7) Sebelum menyusukan bayi anda, urut payu dara anda secara membulat/putaran (circle) terutamanya bahagian yang bengkak supaya dapat melembutkan sedikit bahagian tersebut dan memudahkan kelancaran hisapan bayi anda selepas itu.
8) Tekapkan selambar daun kubis pada payudara yang sedang membengkak. Daun kubis yang sejuk boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh payudara yang sedang membengkak. Tetapi, tidak boleh diamalkan selalu kerana air susu badan boleh cepat kering jika susu tidak dikeluarkan secara konsisten daripada payudara.
Akhir sekali, segeralah berjumpa dengan doktor jika anda rasa sakit yang tidak mampu anda tanggung lagi. Ini kerana ada juga yang mengalami bengkak susu sampai terpaksa kena bedah untuk mengeluarkan sisa susu yang berbaki. Malahan ada yang sampai terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan peengeluaran susu.
Nasihat saya kepada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata sulung dan juga ibu-ibu yang sedang menunggu masa untuk melahirkan cahayamata, jagalah kesihatan diri dengan sebaiknya. Jika boleh, susukan bayi anda sekerap mungkin, jangan tunggu sehingga payudara membengkak.

ATASI MASALAH BENGKAK SUSU DENGAN LECITHIN SHAKLEE..
Masalah bengkak susu juga dapat diatasi dengan pengambilan Lecithin Shaklee. Lecithin Shaklee amat terkenal kepada mereka yang ingin menguruskan badan kerana fungsinya adalah untuk memecahkan lelemak jahat. Ia diperbuat daripada soya yang sememangnya amat baik untuk ibu dan juga bayi. Apabila ibu yang mengalami masalah bengkak susu mengambil Lecithin Shaklee, ia dapat membantu memecahkan lelemak yang terkandung dalam susu ibu terutamanya pada bahagian payu dara yang sedang membengkak itu. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan payudara kembali lembut dan memudahkan proses penyusuan bayi anda.
Dan sekiranya dalam masa yang sama anda juga mengambil Alfalfa Complex Shaklee sebagai milk booster, ia secara tidak langsung akan membantu anda untuk menurunkan berat badan. Ini adalah kerana Alfalfa juga bertindak sebagai ejen detox, manakala Lecithin pula sebagai pemecah lemak.

Saya berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah bengkak susu dan dapat meneruskan proses menyusukan bayi anda dengan ceria dan tenang. Teruskan usaha untuk menyusui bayi sehingga sekurang-kurangnya mereka berumur 2 tahun.
Perlukan minuman tenaga? Sila klik di sini
No comments:
Post a Comment