nuffnang

Sunday, September 14, 2014

Pengedar Sah Shaklee : Tekanan Darah Rendah

Apa itu Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)?

Jika selama ini kita dengar tentang penyakit tekanan darah tinggi, kita bagaikan lupa tentang penyakit tekanan darah rendah. Ini kerana tidak ramai yang mengidap penyakit ini. Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:

1. Kehamilan
2. Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
3. Ubat over-the-counter
4. Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
5. Kegagalan jantung
6. Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
7..Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
8. Keletihan haba atau strok haba
9. Penyakit hati

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:
1. kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
2.dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
3. masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah

Vitamin yang dicadangkan untuk penghidap penyakit Tekanan Darah Rendah :

Produk
Kuantiti
Kali
Catatan
Vitalea
2
2
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
B Complex
2
2
Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
E.Soy Protein
2
3
Meningkatkan tenaga
Meal Shakes
2
3
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink
1
3
Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix
4
2
Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah


Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat.Jika anda mengalami tekanan darah rendah perlu melakukan perkara-perkara berikut:

·         Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
·         Jangan berdiri terlalu lama
·         Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
·         Diet rendah karbohidrat
·         Banyakkan minum air putih
·         Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
·         Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
·         Melakukan aktiviti senaman secara teratur.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shakee, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. 

No comments:

Post a Comment