nuffnang

Tuesday, September 30, 2014

KOLEKSI TESTIMONI : HERBAL BLEND

Herbal Blend adalah multipurpose cream yang sangat sesuai untuk semua masalah kulit dikalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Boleh digunakan untuk melegakan gatal-gatal akibat gigitan serangga ataupun allergic. Boleh digunakan untuk melegakan kembung perut. Juga boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan. 

Berikut adalah testimoni-testimoni pengguna herbal blend cream.







Jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

Eczema


Apa Itu Eczema?

Eczema adalah keradangan kulit. Ia boleh menyebabkan kulit bersisik, kemerahan, gatal-gatal dan kulit yang berisi cecair lepuh kecil yang pecah dan boleh menyebabkan kulit lembap dan berkerak. Penyakit ini juga dikenali sebagai dernatitis.

Punca Eczema

Boleh terjadi disebabkan oleh allergen, serbuk pencuci dan barangan kemas yang mengandungi nikel.

 Cara Mengatasi Eczema

✅ Kulit kering dan gatal-losyen atau krim untuk melembutkan dan membersihkan kulit

✅ Elakkan menggunakan sabun kerana sabun boleh menyebabkan kekeringan kulit

✅ Mandi menggunkan air suam

✅ Kurangkan stress


Jika anda ingin mendapatkan produk bagi mengatasi masalah eczema, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

Monday, September 29, 2014

Koleksi Testimoni : Collagen Powder Shaklee

Jom kita tengok apa pendapat mereka tentang Collagen Powder Shaklee. 









Jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

Sunday, September 28, 2014

Diabetis

Pada masa kini, gaya hidup banyak mempengaruhi jangkitan dan penyakit dan juga kesihatan kita amnya.   Gaya pemakanan yang kurang sihat, kurang tidur, beban yang kerja yang banyak, persekitaran sekeliling yang sesak menjadikannya lebih mudah untuk kita jatuh sakit dan sukar untuk pulih semula.

kolon
kredit : www.petuanenek.com

Gula yang terdapat di dalam pemakanan kita yang akan menyebabkan implikasi yang serius pada tubuh badan kita jika dimakan secara berlebihan. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa kepada obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin- membawa kepada diabetis peringkat 2 dan penyakit jantung.  Daripada makanan segera kepada bungkusan jus, anda pasti akan temui gula yang tersembunyi.  Ia mungkin kelihatan seperti peratusan yang sedikit, tetapi tidak kira berapa rendahnya peratusan gula tersembunyi ini, ia tetap akan meningkatkan risiko jangkitan obesiti sebanyak 60%.  Selain penyakit diabetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang takhta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan mereka untuk kesenangan hidup.

SIMPTOM UTAMA DIABETES  TERMASUKLAH ;

* kekerapan membuang air kecil, terutama pada waktu malam
* rasa dahaga semakin bertambah
* rasa letih yang melampau
* penglihatan yang kabur
* berat badan menurun tanpa sebab
* kegatalan pada alat sulit atau jangkitan candida
* pemulihan luka pada kadar yang perlahan


Amat penting untuk kita bertindak mendapatkan pemeriksaan yang lanjut jika kita dapat mengesan salah satu simptom di atas berlaku pada diri kita. Kebanyakan pengidap diabetis tidak sedar yang mereka mengidap diabetis peringkat awal. Lebih malang lagi, ada yang terpaksa menjalani amputation baru sedar yang mereka mengidap diabetis. Dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kerajaan atau swasta apabila anda mendapati salah satu simptom di atas. Pemeriksaan awal boleh membendung keadaan pesakit diabetis daripada semakin teruk.

Selain daripada mendapatkan rawatan di hospital, pesakit diabetis juga boleh mengamalkan supplement untuk mengawal paras gula di dalam darah. Antara vitamin yang saya cadangkan adalah :

Vitalea
Vitamin C
ESP
GLA
Zinc
Alfalfa




Jika anda ingin mendapatkan Produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui Facebook  Emy Lea atau sms/wassap ke 019-4675097

Mealshake : Apa Kata Mereka?






Jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda. 



Saturday, September 27, 2014

Mealshake Untuk Anak-anak Saya.

Hello semua... Hari ini saya nak kongsikan tentang masalah sembelit yang pernah anak-anak saya alami dulu.

Anak-anak saya selalu nya akan mengalami masalah sembelit apabila umur mereka menginjak dua ke tiga tahun. Dan, inilah juga masa critical untuk mereka toilet training. Apabila ada masalah sembelit ni memang sukar buat toilet training untuk mereka. Mana tidaknya, bila time membuang tu sudah jadi waktu yang menakutkan buat mereka. Seolah-olah mereka fobia bila tiba waktu membuang air besar.

Pada awal nya saya tak fikir yang anak-anak orang lain menghadapi masalah yang sama. Tetapi apabila berborak dengan ibu-ibu yang lain, rupanya anak-anak mereka juga menghadapi masalah yang sama. Malahan, ada yang lebih teruk sehingga terpaksa menerima rawatan di klinik. Ada juga ibu bapa yang menukar jenama susu formula anak-anak mereka berulang kali kerana antara sebab sembelit ini adalah jenama susu formula yang tidak sesuai untuk si manja.

Saya bernasib baik kerana masalah sembelit anak-anak saya tidak sampai ke tahap itu. Yang menjadi masalah saya adalah apabila masalah sembelit ini menyebabkan toilet training anak-anak saya tidak menjadi.

Ada beberapa perkara yang saya buat untuk mengatasi masalah sembelit anak-anak saya tanpa bantuan sebarang ubat.

1. Berikan mereka air kosong dengan jumlah yang lebih daripada biasa.

2. Berikan mereka lebih makanan serat daripada biasa. Saya selalu nya memilih jagung sebagai sumber serat utama mereka.  Untuk mengelakkan mereka daripada tercekik, saya pilih jagung-jagung muda yang masih lembut untuk mereka.

3. Kurangkan sukatan susu formula. Contohnya, jika selalu nya untuk 4oz campuran susu perlukan 2 scoop tepung susu formula, saya akan kurangkan kepada satu scoop setengah untuk sukatan 4oz air. Apabila keadaan sembelit mereka sudah mulai pulih..saya akan bancuh susu ikut sukatan yang biasa.

4. Berikan mereka Mealshake. Saya campurkan sesudu teh Mealshake ke dalam susu formula anak-anak saya. Tetapi terlebih dahulu saya akan kurangkan sukatan tepung susu formula daripada biasa. Hanya sekali sehari sudah mencukupi.

Saya hanya kenal Mealshake bila saya dah ada anak keempat. Dan sejak saya amalkan Mealshake untuk anak-anak saya, sembelit tidak lagi menjadi masalah di kalangan anak-anak saya. Dan Mealshake juga berfungsi sebagai multivitamin untuk anak-anak saya. Justeru, anak-anak saya tidak mudah mendapat jangkitan selsema, batuk atau demam. Lagi satu, anak-anak saya tidak pernah menghadapi masalah eczema.

Saya tahu ibu-ibu di luar sana yang runsing bila anak-anak mereka hadapi masalah sembelit ini.  Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu yang lain juga. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.


Jika anda ingin mendapatkan produk Mealshake ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

Kami

Hello semua..! Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang diri kami.


Si Ayah : Anak-anak panggil dia aba. Dia seorang bapa yang tegas dan penyayang. Ada kalanya juga dia ni bersikap sentimental. Saya tahu banyak yang dia korbankan untuk kami anak-beranak. Terima kasih atas segalanya sayang!


Saya : Anak-anak panggil saya mama. Seorang guru, seorang ibu, seorang isteri dan juga SID Shaklee. Saya tegas terhadap anak-anak. Dan, impian saya untuk menyediakan segala-galanya untuk mereka. Dari kecil saya lalui hidup yang susah dan saya tidak mahu anak-anak saya jalani kehidupan yang sama.

Si Kakak : Eva Winona Edah. Kami panggil dia Nona. Dia seorang yang pendiam dari kecil lagi. Tidak terlalu nakal tetapi bila ada kawan yang serasi memang dia akan menjadi sangat aktif. Oh ya..umurnya 7 tahun. Buah cinta pertama kami..yang lahir dalam tahun pertama perkahwinan kami. Si kakak yang sudah pandai menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap adik-adiknya. She'll always be my first love.

Si Abang : Evan Wallace Bunsi. Kami panggil dia Boboi. Umur dia 5 tahun. Seorang yang bersikap sangat aktif dan panas baran. Paling sukar untuk dikawal tetapi dia punya jiwa yang paling sensitif. Selepas kematian datuknya (bapa mertua saya) baru-baru ini, dia sangat menjaga hati nenek (ibu mertua saya). Malahan dia bagi pinjam selimut dia untuk nenek dia bila ibu mertua saya tinggal di rumah saya baru-baru ni.

Si Tengah : Emma Wanda Mayang. Kami panggil dia Emma. Berumur 3 tahun tetapi sangat petah berkata-kata. Periang dan sangat banyak karenah. Seorang gadis kecil yang pandai bergaya..dan kecik-kecik lagi dah tunjukkan high-taste dia.


Si Bongsu : Ethan Wyner Ancheh. Kami panggil dia Etun. Baru berumur 1 tahun 3 bulan. Sangat glamour bila kami sekeluarga keluar kerana kulitnya yang amat cerah (Shaklee Baby la katakan). Manja dan sensitive. Dia masih dalam fasa memerhati perlakuan abang dan kakak-kakak nya yang lain, sebab itu dia tidak terlalu aktif. Ada masanya dia akan duduk bersandar dan memerhati.

Ya..ini adalah cerita tentang cinta hati saya. May God bless my family always. 

Friday, September 26, 2014

Tips Diet

Di dalam merancng diet anda, pastikan anda sentiasa menyemak diet plan anda dengan yang pakar. Ini kerana, anda akan cenderung melakukan kesilapan di dalam merancang diet anda. Jika ini berlaku, maka diet plan anda tidak berkesan malahan menjadikan berat anda akan bertambah!

Antara Kesilapan yang sering dilakukan semasa diet :
1. Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning. 

2. Cuma makan 3 hidangan sehari. Ini kesilapan paling besar.  3 Hidangan TAK cukup untuk  mengawal nafsu makan dan untuk tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda dan asalkan tiak makan terlalu lewat malam.


3. Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.Makan kerap dengan kuantiti yang sedikit.

4. Elak nasi.  Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan. 

5. Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya. Itu yang aya katakan awal tadi..pastikan anda sentiasa merujuk kepada yang pakar.

6. Harapkan makanan tambahan. Tiada masalah jika mengambil supplement untuk diet, TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. 

Selamat mencuba!!

Jika anda mencari supplement untuk diet, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms/wassap ke 019-4675097

Thursday, September 25, 2014

Tip Atasi Bengkak Payudara

Masalah bengkak susu adalah masalah biasa yang akan dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada peringkat awal penyusuan. Sebagai seorang ibu kepada empat orang cahaya mata, saya juga pernah menghadapi masalah yang sama. Lazimnya saya akan berdepan masalah ini pada minggu pertama dan kedua selepas bersalin. Sebenarnya bengkak susu ini berlaku apabila payudara mulai menghasilkan susu dan susu tersebut tidak dikeluarkan secara berkala samada melalui pam ataupun latch on.

pengedar shaklee sri aman

Saya juga yakin kebanyakan ibu yang menyusui bayi pasti pernah merasai penangan bengkak susu. Ianya amat menyakitkan jika tidak ditangani dan diatasi dengan sebaiknya.Payu dara terasa bengkak dan amat sakit sehingga terasa sakitnya ke seluruh badan terutamanya bahagian belakang dan bahu. Badan akan terasa seperti hendak demam ditambah lagi dengan kesakitan luka akibat melahirkan yang masih belum sembuh sepenuhnya. Walaupun cuba menyusukan bayi, memicit, tuam dan juga mengurut payu dara, kesakitan dan bengkak susu itu tidak juga dapat hilang dengan segera. 
Antara punca atau sebab berlakunya masalah bengkak susu ini ialah:
1) Kurang menyusukan bayi.
2) Bayi tidak pandai menyusu dengan betul/tidak melekap dengan betul.
3) Tiada jadual mengepam susu yang konsisten.
4) Bra atau coli yang terlalu ketat dan tidak selesa.
Antara tips untuk atasi masalah bengkak susu yang boleh anda amalkan ialah:
1) Menyusukan bayi anda secara kerap, seelok-eloknya 2 hingga 3 jam sekali. Jika bayi tidur, seeloknya kejutkan bayi anda untuk menyusukannya. Dan pastikan juga bayi anda menyusu di kedua-dua belah payu dara anda.
2) Sediakan jadual perahan susu ibu yang konsisten iaitu setiap 2 hingga 3 jam sekali walaupun ketika waktu malam!
3) Pastikan bayi anda melekapkan bibir dan mulutnya ke seluruh areola (kawasan sedikit gelap sekitar puting) supaya ia dapat menyusu dengan teknik yang betul.
4) Sewaktu bayi anda sedang menyusu, urut sekeliling bayu dara yang sedang dihisapnya secara perlahan-lahan dari atas ke bawah supaya dapat membantu pengaliran susu dengan lancar.
5) Menurut petua orang-orang tua termasuk mak saya sendiri, masalah bengkak susu boleh juga di atasi dengan cara menyikat payu dara dari atas menghala ke bawah (puting susu). Gunakan sikat ya..sikat rambut yang telah dibersihkan terlebih dahulu.

6) Tuam bahagian payu dara yang bengkak dengan tuala suam-suam panas.
7) Sebelum menyusukan bayi anda, urut payu dara anda secara membulat/putaran (circle) terutamanya bahagian yang bengkak supaya dapat melembutkan sedikit bahagian tersebut dan memudahkan kelancaran hisapan bayi anda selepas itu.

8) Tekapkan selambar daun kubis pada payudara yang sedang membengkak. Daun kubis yang sejuk boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh payudara yang sedang membengkak. Tetapi, tidak boleh diamalkan selalu kerana air susu badan boleh cepat kering jika susu tidak dikeluarkan secara konsisten daripada payudara.

Akhir sekali, segeralah berjumpa dengan doktor jika anda rasa sakit yang tidak mampu anda tanggung lagi. Ini kerana ada juga yang mengalami bengkak susu sampai terpaksa kena bedah untuk mengeluarkan sisa susu yang berbaki. Malahan ada yang sampai terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan peengeluaran susu.

Nasihat saya kepada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata sulung dan juga ibu-ibu yang sedang menunggu masa untuk melahirkan cahayamata, jagalah kesihatan diri dengan sebaiknya. Jika boleh, susukan bayi anda sekerap mungkin, jangan tunggu sehingga payudara membengkak. 
ATASI MASALAH BENGKAK SUSU DENGAN LECITHIN SHAKLEE..
Masalah bengkak susu juga dapat diatasi dengan pengambilan Lecithin Shaklee. Lecithin Shaklee amat terkenal kepada mereka yang ingin menguruskan badan kerana fungsinya adalah untuk memecahkan lelemak jahat. Ia diperbuat daripada soya yang sememangnya amat baik untuk ibu dan juga bayi. Apabila ibu yang mengalami masalah bengkak susu mengambil Lecithin Shaklee, ia dapat membantu memecahkan lelemak yang terkandung dalam susu ibu terutamanya pada bahagian payu dara yang sedang membengkak itu. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan payudara kembali lembut dan memudahkan proses penyusuan bayi anda.
Dan sekiranya dalam masa yang sama anda juga mengambil Alfalfa Complex Shaklee sebagai milk booster, ia secara tidak langsung akan membantu anda untuk menurunkan berat badan. Ini adalah kerana Alfalfa juga bertindak sebagai ejen detox, manakala Lecithin pula sebagai pemecah lemak.

Saya berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah bengkak susu dan dapat meneruskan proses menyusukan bayi anda dengan ceria dan tenang. Teruskan usaha untuk menyusui bayi sehingga sekurang-kurangnya mereka berumur 2 tahun.
Perlukan minuman tenaga? Sila klik di sini

Jika anda tercari-cari Vitamin yang sesuai untuk anda dan keluarga, boleh hubungi saya :

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Wednesday, September 24, 2014

7 Akibat Terlebih Tidur : 7. Kematian

Beberapa hasil kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur 9 jam atau lebih menunjukkan jumlah kematian yang ketara berbanding orang yang tidur 7 hingga 8 jam sehari. Tiada sebarang penjelasan yang kukuh untuk mencari kenapa ada perkaitan di antara 2 perkara ini. Para pengkaji mendapati tekanan perasaan dan sosioekonomi yang rendah ada kaitan dengan orang yang terlebih tidur. Mereka merumuskan faktor ini ada kaitan dengan jumlah kematian yang tinggi di kalangan mereka yang terlebih tidur. 

7 Akibat Terlebih Tidur : 6. Penyakit Jantung

Satu kajian yang diberi nama Nurses' Health Study, melibatkan seramai 72,000 orang wanita dan mendapati bahawa wanita yang tidur 9 hingga 11 jam pada waktu malam adalah 38% daripada mereka menghadapi risiko mengidap penyakit jantung berbanding wanita yang tidur 8 jam sahaja.  Walau bagaimanapun, para pengkaji mendapati masih tidak berjaya mencari punca kaitan di antara terlebih tidur dengan penyakit jantung. 

Tuesday, September 23, 2014

7 Akibat Terlebih Tidur : 5. Depression

Walaupun insomnia lebih dikaitkan dengan masalah tekanan perasaan, tetapi sebenarnya 15% daripada orang yang mengalami masalah tekanan perasaan adalah orang yang tidur terlalu lama. 

Ini mungkin akan menyebabkan masalah tekanan perasaan jadi bertambah teruk jika tabiat tidur tidak tetap. Sebab itu, masa tidur yang tetap adalah salah satu cara merawat masalah tekanan perasaan. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda. 

7 Akibat Terlebih Tidur : 4. Sakit Belakang

Suatu masa dahulu, doktor akan nasihatkan orang yang mengalami sakit belakang supaya  terus berehat berbaring di atas katil. Tapi itu adalah pada masa dulu. 

Sekarang, doktor akan nasihatkan pesakit mereka yang mengalami sakit belakang supaya mengikuti program senaman yang dipantau oleh pakar fisioterapi. Selain itu, doktor akan  menasihatkan pesakit supaya tidak tidur terlalu lama. Ini kerana tidur terlalu lama boleh menyebabkan sakit belakang. 

Monday, September 22, 2014

7 Akibat Terlebih Tidur : 3. Sakit Kepala

Jika seseorang itu mudah mendapat sakit kepala, tidur yang berlebihan semasa cuti atau hujung minggu akan menyebabkan mereka sakit kepala. Hasil kajian menunjukkan ini adalah akibat tidur yang berlebihan akan mempengaruhi aktiviti neurotransmitters di dalam otak termasuk serotonin. Mereka yang tidur terlalu lama pada waktu siang akan terganggu masa tidur malam nya dan akan merasa sakit kepala pada keesokkan hari nya.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda. 



7 Akibat Terlebih Tidur : 2. Obesity

Terlebih tidur juga didapati juga boleh menyebabkan obesity.  Satu kajian di USA menunjukkan orang yang tidur selama 9 hingga 10 jam setiap malam adalah 21% lebih tinggi bilangan mereka yang obesity dalam masa 6 tahun berbanding dengan mereka yang tidur selama 7 hingga 8 jam. Hubungkait antara jumlah masa tidur dan obesity tetap sama walaupun respondan mengambil makanan yang sama dan juga melakukan senaman yang sama.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda. 

7 Masalah Kesihatan Terlebih Tidur : 1. Diabetes

Satu kajian telah dijalankan di USA yang melibatkan lebih kurang seramai 9 ribu orang respondan, mendapati bahawa ada hubungkait yang jelas di antara jumlah masa tidur dengan risiko mengidap diabetes. Mereka yang tidur lebih dari 9 jam setiap malam, akan menghadapi risiko mengidap diabetes 50% lebih tinggi daripada mereka yang tidur 7 jam semalam. Kajian juga mendapati bahawa golongan yang tidur kurang dari 5 jam semalam juga menghadapi risiko yang sama.


Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda. 

5 Kesalahan Saat Berdiet



5 Kesalahan  Saat Berdiet

Dalam usaha berdiet, kita seringkali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh merosakkan diet plan itu sendiri. Tidak cukup itu, kadang-kadang pula kita sempat berasakan tip yang sering kita lakukan adalah betul dan terbaik untuk diet plan kita. Untuk memperbetulkan keadaan, apa kata kita semak tip-tip yang disenaraikan oleh laman web fitness.com ini. Mungkin kita pernah melakukannya tanpa disedari. 

1.    Memilih jus daripada buah.
Jus sememangnya sering dianggap sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak buah-buahan. Namun sebaiknya, pilihlah buah-buahan segar kerana kandungannya adalah semulajadi. Jus yang biasa di pasaran biasanya sudah ditambah oleh pemanis serta pengawet. Jika terlalu sering menikmatinya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyulitkan  proses penurunan berat badan anda.

2.    Jumlah kalori
Menurut laman web Women24, kesalahan utama di dalam diet yang besar adalah kesilapan mengira jumlah kalori yang terdapat di dalam makanan utama sahaja. Kebiasaanya mereka hanya mengira kandungan kalori yang terdapat di dalam makanan utama sahaja. Sedangkan kalori yang terdapat pada snek yang dinikmati lebih banyak daripada makanan utama yang sering diberi  perhatian.
3.    Banyak Duduk
Terlalu banyak duduk sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan anda. Ia boleh menimbulkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan sebagainya. Mungkin anda perlu meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu membakar lemak di tubuh. Pun begitu, jika pekerjaan utama anda memaksa  untuk anda sering berada di hadapan computer, apa kata cari sedikit waktu untuk berjalan di sekitar ruang kerja.
4.    Focus Jangka Pendek
Kunci utama sukses dalam berdiet adalah gaya hidup yang dipertahankan seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk persiapan bernikah atau sebagainya, maka sukar bagi anda mempertahankan tubuh ideal tersebut. Biasanya apabila impian jangka pendek tersebut tercapai, seseorang biasanya akan membalas dendam dengan menikmati makanan seenaknya.
5.    Kurang Tidur
Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit,  bahkan ia turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang kekurangan waktu tidur, maka tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormone yang merangsang nafsu makan. Hormone tersebut menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Untuk itu, pastikan waktu tidur anda sekurang-kurangnya lapan jam bagi golongan dewasa.


Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda. 

Saturday, September 20, 2014

Hidup Lebih Sihat Dengan 'Get Clean Set'

Ramai yang tidak sedar bahawa bahan pencuci yang kita gunakan di rumah hari-hari juga menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.
 Gantikan semua bahan pencuci bertoxic di rumah anda sekarang dan bertukar lah kepada 'Get Clean' untuk mendapatan rumah yang bersih dan sihat kepada anda yang mendiaminya.
 Roger Barnett sendiri mula mengenali Shaklee melalui product Get Clean Set. Ini kerana anak beliau sensitive dengan semua jenis bahan pencuci yang ada di pasaran. Dan, Get Clean Set inilah satu-satunya produk yang tidak menimbulkan allergic reaction terhadap anak beliau tersebut.
Oleh kerana mempercayai produk Shaklee ini seratus peratus semulajadi dan selamat kepada semua orang, beliau pun membeli company Shaklee. Roger Barnett ini juga pemilik kepada syarikat gergasi Burbery.


Jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.